Wednesday, November 11, 2015
Apa Macam Pakatan ?… Tariff Air Selangor Pasti Naik
Pakatan kononya cukup phobia,pantang dan sensitif pada istilah ‘naik harga’.
Kerajaan tujuan politik mereka biasanya akan balon apa saja pengumuman
kenaikan harga oleh kerajaan sekalipun ada sebab yang munasabah.
Contohnya kenaikan tol dan sebagainya.Macam-macam kerajaan dituduh.
Rabu,Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberitahu sidang Dewan Undangan
Negeri kerajaan negeri tetap akan menaikkan tarif air setelah proses
pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini
selesai.Apa macam?
Alasan yang diberikan beliau memang ada lojik seperti juga sebab yang diberikan oleh kerajaan bila umum kenaikan.
Bagaimana Pakatan hendak sorok muka dan main kata-kata dalam soal ini.
Apakah orang lain naik tak boleh…tapi sendiri boleh.
Kata Azmin sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd
(SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses
bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),
Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB)
berjaya diselesaikan.
"Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses
pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti
dan efektif.
"Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan
rakyat negeri Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad
Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor.
Katanya sebelum ini, kerajaan negeri telah menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.
"Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September
2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam
tempoh tersebut.
"Berhubung perkara itu, kerajaan negeri telah melantik penilai bebas
untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi
air berkenaan," katanya.
Mohamed Azmin berkata kos pengambilalihan tiga syarikat konsesi lain
adalah berjumlah RM1.68 bilion yang mana Puncak Niaga Holding Berhad
(PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
(RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment