Wednesday, November 11, 2015
Betul Ke Mukhriz Menyerah Kalah Dan Sanggup Undur Diri?
Setelah agak sekian lama berhempas pulas mempertahankan kedudukan
sebagai Menteri Besar Kedah, akhirnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir
menyerah kalah dan mengibarkan bendera putih. Mungkin Mukhriz sudah
tidak mampu bertahan dari pelbagai desakan ekoran tindakannya yang
mengkritik kepimpinan perdana menteri.
Mukhriz kali ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia sanggup berundur
diri bagi memberi ruang kepada individu yang lebih layak untuk
menggantikan posisinya. Baguslah kalau dah sedar, kerana pengundurannya
pasti akan memberi ruang kepada pemimpin tempatan yang lebih diyakini
rakyat Kedah.
Beliau menzahirkan niatnya untuk mengundur diri dan akan melangkah pergi
sekiranya rakyat negeri itu tidak lagi menyokong dan percaya dengan
kepimpinan yang ditunjukkan olehnya.
"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak
memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap
mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya.
Pengerusi Umno Kedah mengeluarkan kenyataan tersebut apabila diminta
untuk mengulas mengenai satu viral yang mengebut 'Alhamdulillah YAB DS
MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'. Berita
mengenai perletakan jawatan itu menjadi viral di laman facebook selepas
satu perjumpaan tertutup bersama pemimpin Umno Kedah dan Umno Pusat
diadakan di Dewan Seri Mentaloon.
Dalam perjumpaan terebut, Mukhriz menyuarakan bahawa dia terima apa
sahaja keputusan dengan hati terbuka meskipun dia terpaksa melepaskan
jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment