Wednesday, November 11, 2015
KJ Larang Kementerian Kesihatan Serbu Premis Vape
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan
melarang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari menyerbu dan
merampas barang-barang serta stok cecair perisa rokok elektronik (vape)
yang dijual di premis vape.
Ini kerana Khairy menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak
KKM itu sebagai suatu tindakan terburu-buru, sedangkan jawatankuasa khas
yang ditubuhkan oleh KKM belum lagi bermesyuarat dan membuat keputusan
mengenai isu vape ini. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Khairy juga turut menegaskan supaya serbuan keatas premis yang menjual
cecair perisa rokok elektronik (vape) ini dihentikan terlebih dahulu,
sehingga pihak berkenaan dapat selesai masalah berkaitan vape yang
dikatakan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
"Sekarang KKM sudah mengumumkan jawatankuasa khas ditubuhkan jadi kita
berharap sehingga jawatankuasa ini bermesyuarat dan buat keputusan
jangan diteruskan rampasan terhadap kedai," katanya.
Beliau tidak bermaksud untuk menyokong tindakan anak muda sekarang
terutamanya, untuk meneruskan trend menghisap rokok elektronik. Namun
bagi pendapat Khairy, sepatutnya bahan tersebut tidaklah wajar untuk
diharamkan akan tetapi penjualan cecair berkenaan seadilnya diwujudkan
satu kawal selia yang lebih jelas bagi mengawal penjualannya.
"Mereka sudah membuat pelaburan yang besar tiba-tiba segala stok
dirampas, ini menyusahkan mereka. Untuk kepentingan umum kita faham ini
isu kesihatan tetapi kita minta ada kawal selia.
"Saya harap KKM akan membuat peraturan secepat mungkin ini supaya semua
orang faham dan jelas dari segi peraturan contohnya sebanyak mana
nikotin boleh diletakkan, jadi pengusaha vape jelas apa yang boleh dan
tidak boleh dibuat. Selagi mereka patuh undang-undang maka mereka tidak
boleh diserbu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment