Wednesday, November 11, 2015

Parti Mat Sabu Mahu Jajah Islam di Kelantan.. - Tuan Ibrahim

Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya busuk hati dengan pengaruh dan kepimpinan berlandaskan Islam yang berjaya diterapkan oleh parti Pas dalam kepimpinan mereka di Kelantan. Pengaruh Islam oleh Pas di Kelantan telah berjaya menjadikan negeri tersebut sebagai sebuah negeri yang menepati kehendak Islam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah sebenarnya mahu menakluk sebuah negeri yang sudah pun stabil dan berpengaruh Islam berbanding dengan negeri yang terumbang ambing dan tidak menepati kehendak Islam.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.

“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim mengulas mengenai hasrat Amanah yang disuarakan melalui Presidennya Mohamad Sabu atau Mat Sabu. Kata Presiden Amanah itu, mereka telah bersiap sedia untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Kelantan yang sekarang ini berada di bawah naungan Pas, melalui PRU14 akan datang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut memperingati Amanah tentang matlamat asal penubuhan parti serpihan tersebut, musuh sebenar mereka adalah Umno dan Barisan Nasional dan bukannya Pas yang boleh dikategorikan sebagai ‘satu pasukan’.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.

"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya lagi.

Namun begitu, Pas dilihat tidak gentar dengan ancaman yang diberkan Amanah kerana menganggap meskipun parti Amanah  dilihat seperti mendapat sambutan hangat dan laku seperti goreng pisang. Akan tetapi Pas percaya bahawa pengaruh parti Islam tersebut di Kelantan masih lagi kukuh dan kuat, pastinya Amanah tidak mampu untuk menjatuhkan mereka.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment