Wednesday, November 11, 2015
Kejayaan Duduki Lembaga Kerusi Eksekutif Gambar Kepercayaan Negara Anggota Pada Malaysia
KUALA LUMPUR : Kejayaan Malaysia menduduki kerusi
Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik
Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2015-2019 menggambarkan
kepercayaan negara anggota terhadap Malaysia dan kepimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata selaku Anggota
Lembaga Eksekutif yang baru, Malaysia akan terus memainkan peranan yang
penting bagi merealisasikan agenda dan program UNESCO pada peringkat
antarabangsa, khususnya di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar
Negeri, khususnya Kedutaan Malaysia di Paris, Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia yang terlibat dalam usaha Malaysia untuk
memenangi satu daripada kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO sejak setahun
yang lepas.
“Jutaan terima kasih juga saya sampaikan kepada seluruh rakyat
Malaysia yang mendoakan kejayaan kita pada hari ini,” katanya dalam
catatan di laman Facebooknya hari ini.
Malaysia berjaya menduduki kerusi Lembaga Eksekutif berkenaan
selepas memperoleh undi tertinggi dalam kalangan negara Asia Pasifik.
Pemilihan Malaysia diumum pada Mesyuarat Pleno ke-12 Persidangan
Agung UNESCO ke-38 yang berlangsung pada Rabu (11 Nov) di Paris.
Malaysia memperoleh 165 undi diikuti Vietnam (156), Sri Lanka (149), Korea (137), Pakistan (135) dan Iran (128).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment