Wednesday, November 11, 2015

Jadikan Perhimpunan Agung UMNO Medan Pengukuhan Parti Menjelang Usia 70 Tahun

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini haruslah berlangsung dalam suasana kekeluargaan dan menjurus kepada gerak kerja mengukuhkan parti bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 apatahlagi UMNO bakal menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-70 pada tahun hadapan.

Ujarnya, ada beberapa perkara yang perlu dijadikan intipati dalam perhimpunan agar ia menjadi medan untuk pengukuhan parti.

Pertamanya jelas beliau adalah bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha bagaimana UMNO ini menjadi pelindung rakyat khususnya umat Melayu di Negara ini.

Kedua, bagaimana semua ahli UMNO boleh berbincang tentang suasana kemelut politik yang bukan hanya dikaitkan dengan suasana tidak kestabilan politik tetapi juga boleh menjadikannya sebagai satu usaha menjadikan rakyat melihat parti UMNO sebuah parti yang boleh mereka percaya dan harapkan pada PRU ke-14.
irmohizam
Ketiga bagaimana kaedah perlaksanaan terbaik agar Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini benar-benar sampai ke akar umbi untuk diserap dan dihayati.

“Inilah antara intipati yang saya fikirkan perlu diberi pendekatan dalam Perhimpuan Agung UMNO kali ini kerana kita tidak perlu lagi beretorik dan apa yang kita ungkapkan itu benar-benar wujud diperingkat akar umbi.

“Sebab itu jugalah saya melihat program yang dilakukan oleh Biro Latihan dan Pendidikan benar-benar memberikan erti dan makna khususnya bagi ahli UMNO yang telah mengikutinya. Ini antara agenda yang boleh kita fikirkan agar program pengkaderan khususnya dalam konteks generasi muda yang ada dalam negara kita ini dapat dilakukan dengan baik.

“Ini penting kerana bila UMNO berusia 70 tahun pada tahun hadapan, apakah kita hanya sekadar berbangga pada pencapaian usia tersebut atau kita mahu melihat masa hadapan parti UMNO yang lebih baik dan inilah yang perlu dibincangkan dalam perhimpunan kali ini,” ujarnya ketika dihubungi oleh media.

Ketika ditanya, apakah harapan beliau kepada sayap-sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri ujarnya, ketiga-tiga sayap UMNO ini perlu terus berusaha gigih dan kreatif dalam menyusun program bagi memastikan UMNO terus relevan di jiwa orang muda demi keutuhan parti.

Dan apabila bercakap soal keutuhan parti jelas Irmohizam, ia tidak boleh lari daripada faktor perpaduan kerana jika di lihat dalam Al Quran ada ayat yang tertulis membawa maksud bahawa ‘janganlah kita berpecah-belah dan berpegang teguh pada tali Allah..’.

“Ini juga kita boleh terjemahkan bahawa semangat dan roh dalam intipati perjuangan UMNO kerana kalau kita faham tentang apa yang dikatakan dalam ayat tersebut maka sudah tentunya faktor ini adalah faktor yang harus dijadikan pegangan kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam itu sendiri dan UMNO sendiri dalam fasa 3 perlembagaan parti memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

“Saya melihat bahawa sayap-sayap juga harus berusaha gigih dan jangan hanya berharap pada kepimpinan tertinggi sahaja kerana jika kita mengambil contoh pada zaman Rasulullah juga seperti Sallehudin Al-Ayubi, Sultan Al feteh dan sebagainya mereka ini orang muda dan tidak menunggu arahan Rasulullah tetapi memberikan idea-idea dan menggerakkannya dalam suasa kreatif, inovasi sehingga dilihat oleh Rasulullah antara individu yang memainkan peranan penting dalam konteks perjuangan.

“Ini boleh dicontohi dan diterjemahkan dalam gerak kerja sayap-sayap kerana pada hemat saya dalam dunia yang penuh suasana keterbukaan ini ia harus dilakukan agar ahli parti terus mempertahankan imej parti dan ketuanya.

“Kita yarus memberi keyakinan kepada rakyat untuk melihat bahawa UMNO itu relevan bagi suasana dan komuniti semasa hari ini. Saya juga amat berharap agar ahli UMNO jangan terpengaruh dengan pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi dan propaganda untuk memecah-belahkan parti UMNO,” katanya lagi.

Tambah Irmohizam, apa yang paling penting adalah bagaimana untuk semua pihak memainkan peranan dan berani bersuara kerana keterbukaan dalam parti benar-benar wujud.

“Sebab itu semua ahli UMNO khususnya ahli baru perlu berfikir dengan jelas agar tidak terikut retak pembangkang yang suka menggugat keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO.

“Semua ahli UMNO perlu berpegang kepada fakta dan paling penting bagaimana kita sebagai ahli parti terutama yang baru melakukan anjakan dan perubahan dengan menggunakan platform parti untuk membawa umat Melayu tidak tertinggal dalam arus kemajuan negara,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment