Wednesday, November 11, 2015
Mahathir Tuduh Semua Orang Kaya Makan Rasuah.. Termasuk Anak-Anaknya?
Betul ke semua orang-orang kaya di Malaysia ni makan rasuah?? Maknanya
mereka-mereka ini kaya raya dan jadi jutawan bukanlah disebabkan oleh
titik peluh keringat mereka sendiri, tetapi bermewah disebabkan oleh
makan rasuah, adakah ini satu fakta atau auta semata-mata??
Kenyataan kontroversi ini dikeluarkan oleh Bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad. Katanya gaya hidup mewah orang kaya di negara ini
hanya berlandaskan rasuah semata-mata, dan bukti wujudnya elemen rasuah
boleh dilihat melalui wujudnya orang kaya.
Mahathir turut menasihati Mahkamah Malaysia supaya buka mata dan melihat
gaya hidup serba mewah seseorang itu dan menganggap kehidupan mewah
seseorang itu sebagai bukti kepada wujudnya elemen rasuah.
"Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya," kata Mahathir.
Kata Mahathir lagi, kalau orang tu ada kereta mewah yang banyak, rumah
yang besar, duit berjuta berbillion, jadi memang sah lah orang tu salah
seorang penyumbang kepada elemen rasuah. Mereka-mereka ini patut
disiasat dan diambil tindakan supaya gejala rasuah berkurangan.
Ohhhhh… maknanya semua orang kaya terima rasuah la?? Bagaimana pula
dengan diri Mahathir sendiri, apakah dia juga menerima rasuah dah patut
disiasat serta diambil tindakan?? Ye la Mahathir pun golongan kaya jugak…
Rumah besar dan kereta banyak, duit dalam akaun bank tu entah la berapa
angka kan.
So wajar kita katakana Mahathir pun terima rasuah seperti jika kita
selidik berdasarkan analisis yang dibuat sendiri oleh Mahathir. Kita merasakan tidak patut Mahathir keluarkan kenyataan seperti ini walaupun pada
dasarnya dia mahu mengurangkan gejala rasuah di negara ini.
Tak mustahil orang kaya ada yang terima rasuah, tapi orang biasa pun ada
juga. Dan tidak semua orang kaya itu mewah disebabkan rasuah, ada yang
kaya disebabkan usaha mereka sendiri, setuju??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment