Wednesday, November 11, 2015
Azmin "Musnahkan" Masa Depan Anak Sendiri Dengan Demonstrasi
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali nampaknya seperti tidak layak menjadi
seorang bapa yang baik kerana dia tergamak membawa anak lelakinya yang
baru berusia 15 tahun untuk menyertai demonstrasi Bersih 4 yang
berlansung Ogos lalu.
Anak lelaki Azmin, Basheer di lihat berada bersama bapanya semasa
perhimpunan Bersih 4 itu diadakan. Budak seusia itu sepatutnya tidak
didedahkan dengan aktiviti tidak sihat.. Ini kerana ia bakal mempengaruh
pemikiran budak sekolah tersebut. Sepatutnya budak sekolah macam
Basheer tidak layak untuk ambil tahu soal politik.
Bukan itu saja, sekali anak beranak Azmin bawa sekali, oleh disebabkan
itu, pihak polis telah memanggil Basheer untuk diambil keterangan
berhubung kehadirannya ke perhimpunan tersebut.
Sementara itu, Azmin pula disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman kerana
membawa kanak-kanak ke demostrasi. Eshhhhh tak patut betul, sudah tahu
si anak tu nanti nak duduki peperiksaan tapi suka hati je dedahkan anak
dengan politik yang takde kena mengena lagi dengan hidupnya.
Kalau iye pun nak cari pewaris tunggu la budak tu dah habis belajar,
budak sekolah tidak digalakkan berpolitik. Nahhh sekarang bila budak tu
dah kena panggil polis baru Azmin nak gelabah.
"Polis arah anak saya datang ke IPD Dang Wangi esok jam 10 pagi walaupun anak saya menghadapi peperiksaan akhir mulai esok.
"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno
"Syukur anak saya Basheer berani," tulis Azmin dalam Twitternya. Sendiri
yang cari pasal sendiri la tanggung kan. Itu la orang cakap sarang
tebuan jangan dijolok, kalau tidak mahu tanggung akibatnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment