Wednesday, November 11, 2015
Kerja Nak Menipu Saja.... Anak Azmin Dipanggil Beri Keterangan Sejak September
KUALA LUMPUR : Polis hari ini menjelaskan anak lelaki Menteri Besar
Selangor, Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung
pembabitannya dalam perhimpunan Bersih sejak September lalu, bukan Julai
seperti yang dilaporkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang
dilaporkan media semalam, tidak seperti yang dimaksudkannya.
"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tajudin dilaporkan semalam sebagai berkata, bahawa anak lelaki Mohamed
Azmin dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lalu, namun
gagal berbuat demikian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment