Thursday, November 12, 2015
Selepas Tony Pua Lari, Mungkin Mahathir atau Muhyiddin Boleh ambil Alih
Keputusan
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalang perdebatan
terbuka antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP), Tony Pua dengan
Ketua Pegawai Eksekutif 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul
Kanda ibrat bulan jatuh ke riba bagi ahli parlimen DAP tersebut.
Tony Pua tampak beberapa kali berdolak dalih untuk mengadakan debat
terbuka tersebut biarpun beliau yang mula mencabar Arul. Apabila Arul
menyatakan bersedia berdebat terbuka asalkan Tony melepaskan jawatan
dalam PAC, DAP menjerit sebagai tidak adil dan tidak perlu.
Apabila Arul menyatakan beliau bersedia berdebat terbuka walaupun
Tony tidak keluar dari PAC, Tony memberi syarat baru iaitu dalam
perdebatan tersebut hanya beliau boleh bertanya soalan. Mengapa Tony
begitu takut jika benar beliau mempunyai segala bukti penyelewengan
1MDB?
Apabila melihat persepsi awam bahawa Tony seorang yang penakut,
Pandikar Amin masuk campur bagi mengelakkan ahli PAC itu mendapat
keaiban yang lebih besar.
Selamatlah Tony dari terus mencari alasan dan syarat untuk
menggagalkan debat terbuka ini. Tony mencabar hanya kerana beliau
beranggapan 1MDB tidak akan melayan cabaran beliau. Ini kerana bukan
budaya tadbir korporat untuk mengadakan perdebatan awam membabitkan
urusniaga syarikat kecuali dalam Mesyuarat Agung Pemegang Saham.
Tony dan DAP berharap dengan cabaran yang tidak disambut mereka akan
menjadi hero dan boleh memainkan isu ini sehingga pilihan raya biar apa
pun keputusan siasatan PAC dan pihak berkuasa.
Khabar terbaru Pakatan mahu meletakkan calon baru sebagai wakil mereka berbahas secara terbuka dengan Arul Kanda.
Arul tidak wajar membuang masa berbahas dengan ahli politik yang
tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat dalam 1MDB tetapi mahu mencari
populariti diri.
Jika debat mahu diteruskan hanya dua orang lagi yang layak menjadi
lawan Arul iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin atau bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Hanya mereka
berdua yang begitu tegar membuat pelbagai tuduhan ke atas 1MDB.
Calon paling ideal menggantikan Tony Pua tentulah Tun Mahathir
Mohamad kerana beliau antara yang beberap kali menulis dalam blognya
membuat pelbagai dakwaan ke ataas 1MDB.
Bersediakah Tun Mahathir tampil menyelamatkan maruah Tony Pua sebagai sebahagian solidariti kumpulan ahli politik anti-1MDB?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment