Tuesday, November 03, 2015

Memanipulasi Fakta Dan Merekacipta Isu Menjadi ‘Darah-Daging’ Pembangkang

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2015/06/anwar-azizah-melayu-pengundi-parti-rasis-dap-pembuli-ketawa.jpg
KUALA LUMPUR : Pakatan pembangkang sering menampilkan watak-watak yang seolah-olah menjadi juara dalam perkara yang menyentuh kepada kepentingan rakyat dan negara ini, tetapi hakikatnya, mereka bersikap seperti ‘tin kosong’ sahaja, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Muhammad Nazri Mohd Amin.

Menurut beliau, walaupun pelbagai jawapan dan kenyataan yang telah dikeluarkan dan diulas secara panjang lebar oleh pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi disebabkan niat mereka sebenarnya hanya ingin memanipulasi isu tersebut menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jelas niat mereka sebenar-benarnya hanya mahu mempergunakan 1MDB sebagai salah satu koleksi isu-isu ciptaan mereka dan dengan harapan ia berpanjangan sebagai bahan kempen sehinggalah pilihan raya umum ke-14 nanti.
stop-fitnah
“Inilah satu contoh daripada banyak lagi contoh-contoh yang telah mereka lakukan, kononnya ingin menjadi jaguh di hadapan rakyat, tetapi akhirnya, diri sendiri yang malu apabila dilihat gagal memanipulasi isu yang dibawa.

“Tiada apa yang hendak dihairankan, kerana sememangnya ini seolah-olah sudah menjadi ‘darah-daging’ kepada mereka memanipulasi isu-isu yang difikirkan mampu memberi kesan kepada minda masyarakat, bertindak menggunakan teori ‘matlamat menghalalkan cara’, asalkan pemikiran rakyat
dapat diracuni membenci kerajaan,” katanya kepada pihak media.

Baru-baru ini, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee daripada parti Dap mencipta pelbagai alasan untuk menggagalkan cabaran yang dicetuskannya sendiri untuk berdebat bersama Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda bagi membicarakan mengenai syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut.

Tambahnya lagi, banyak isu-isu antaranya seperti kes bekas ketua pembangkang, kes Teoh Beng Hock, kes pembunuhan Altantuya yang semuanya telahpun diputuskan oleh mahkamah, begitu juga dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di mana hasilnya tetap dikembalikan kepada rakyat seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2016, tetapi disebabkan mereka merasakan itu memberi kelebihan politik kepada mereka, mereka tetap memanipulasinya.

“Bukankah ini menunjukkan sememangnya watak sebenar pembangkang yang pakar putar belit?

“Saya percaya, bukan ini sahaja, sudah pasti mereka akan merekacipta isu-isu yang lain untuk menggambarkan sisi negatif dan kelemahan kerajaan dalam mentadbir negara, walaupun terbukti majoriti rakyat lebih percaya kepada BN yang telah berjaya mengurus tadbir dengan baik berbanding mereka,” tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang itu.

Debat 1MDB antara Arul Kanda dan Tony Pua itu turut mendapat reaksi daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan sekiranya anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu mahu isu yang menyelubungi 1MDB itu diselesaikan dengan cara baik, beliau seharusnya ikhlas menggunakan platform perdebatan itu dengan sebaiknya dan jangan berdolak-dalik cacamarbakan cabaran serta mencabut kejantanan yang ada.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment