Monday, November 02, 2015

PAS Sanggup Jadi Penasihat BN Untuk Tadbir Negara.. - Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan akan menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersetuju untuk menerima parti Islam itu.

Hadi berkata, Pas bersedia untuk bekerjasama dengan BN bukan kerana mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara, tetapi mahu membantu BN dari segi dasar pentadbiran negara.

Katanya, jika Najib bersedia untuk menerima Pas dan mahu mengubah dasar pentadbirannya, Pas telah bersedia untuk menjadi penasihat kepada kerajaan.

"Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau kuasai Putrajya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain," kata Hadi.

Hadi yang mengulas mengenai usaha individu yang bersekongkol dengan pemimpin pembangkang mahu menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri berkata, Pas tidak akan berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan Najib, sebaliknya akan membantu Najib mengekalkan jawatannya.

Hadi berkata, Pas sedia menghantar ahlinya untuk berbincang dengan Umno bagi membincangkan masalah yang dibangkitkan pihak tertentu sehingga mahu menjatuhkan Najib dengan cara kotor.

"Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa.

"Pas sedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan, kejatuhan ringgit dan sebagainya," katanya.

Usaha yang bagus ditunjukkan oleh presiden Pas untuk menyatukan semula kerjasama diantara Pas dan Umno walaupun dikecam oleh pemimpin pembangkang terutamanya DAP.

Malah, apa yang boleh dibanggakan apabila Pas mahu bekerjasama dengan BN, Pas hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan dan bukannya mengejar jawatan dalam kerajaan berbanding DAP yang jelas mahukan jawatan dalam kerajaan negeri Pakatan sehingga sanggup mengarah rakan sekutu mereka untuk menyingkirkan Pas di Selangor.

Apapun, diharap dengan usaha ini dapat menyatukan kembali semangat orang Melayu-Islam yang selama ini telah berpecah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment