Monday, November 02, 2015
DAP Tak Percaya AMANAH Mampu Lawan PAS
Susulan DAP mahu bertanding kerusi Pas di Selangor pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14), Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali
menyifatkan DAP sebagai parti yang gilakan kerusi dan tidak mempercayai
rakan sekutunya.
Mustafa berkata, DAP terlalu gilakan kerusi sehingga sanggup
mengetepikan rakan sekutunya dan tidak mempercayai rakan sekutunya untuk
bertanding di kerusi Pas.
Malah, dengan keegoan tinggi, DAP yakin DAP mampu menawan kerusi
tersebut walaupun kerusi itu majoriti pengundinya berbangsa Melayu.
Selain itu, Mustafa turut mempersoal DAP tidak mahu meletakkan Amanah
yang merupakan parti suruhan DAP untuk bertanding di kerusi Pas dengan
mengatakan adakah DAP tidak percaya Amanah mampu meraih kerusi jika
bertanding.
"Saya fikir DAP buat kenyataan itu tidak bincang pun dengan rakan
Pakatan Harapan dia. Sebab kalau nak diikutkan, masalah kerusi ini orang
tak bincang awal-awal.Dah nak dekat pilihan raya nanti baru bincang.
"DAP mahu yang menggantikan Pas ini, Amanah. Secara logik lapan kerusi
di Selangor yang disebut-sebut ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri
Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Separ dan Paya Jaras.
"Tapi cara DAP ini seperti tidak percaya dengan keupayaan Amanah untuk melawan Pas," kata Mustafa.
Mustafa yang mengulas lanjut mengenai DAP akan bertanding kerusi Pas di
Selangor berkata, Pas akan menyahut cabaran itu kerana sesiapa saja
musuh Pas berhak bertanding dan Pas akan memastikan kerusi tersebut
kekal milik Pas.
"Terpulanglah. Pas tetap akan pertahankan kerusi kita. Siapa nak lawan,
lawanlah. Itu hak dia. Siapa-siapa pun bebas bertanding," katanya.
Memang dah terbukti DAP ini gilakan kuasa sehingga sanggup mengetepikan
rakan sekutunya untuk merebut kerusi walaupun Amanah ditubuhkan untuk
menggantikan Pas dalam pakatan parti pembangkang.
Pastu boleh pulak tak berbincang dengan PKR dan buat keputusan sendiri nak bertanding di kerusi Pas. Memang gila kuasa DAP ni.
Nampak gayanya penubuhan Amanah tidak ada manfaat langsung sebab semua
kerusi mahu diisi dengan calon DAP sendiri. Eloklah Amanah terus menjadi
keldai DAP sampai kesudah. Hahaha...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment