Monday, November 02, 2015

TPM Nafi Wujud Kronisme Dalam Kontrak Pekerja Asing Bangladesh

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa terdapat kronisme dalam kontrak kerajaan membawa pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tiada kronisme dalam kontrak membawa pekerja asing Bangladesh ke Malaysia bagi memenuhi sektor pekerjaan perladangan kelapa sawit.

Jelas Zahid, walaupun kerajaan telah memperkenalkan sistem baru untuk membawa pekerja asing ke Malaysia bagi mencegah penyeludapan warga asing dengan menggunakan sistem dalam talian, namun kerajaan tidak menawarkan kontrak tersebut kepada syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn Bhd.

"Kerajaan tidak melantik Real Time Networking Sdn Bhd untuk membawa masuk 1.5 pekerja Bangladesh seperti yang didakwa.

"Mekasnime baru kemudian juga akan mengelakkan penglibatan orang tengah dalam membawa masuk pekerja Banglades, kerana ia sedang dirancangkan untuk dikendalikan dalam talian," kata Zahid.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago sebelum ini mendakwa kontrak kerajaan membawa pekerja asing Bangladesh ini telah diberikan kepada syarikat adik timbalan perdana menteri dan meminta Zahid menjawab dakwaannya itu.

Kenyataan Zahid ini telah menjawab pertanyaan Santiago yang ingin mengetahui status kontrak membawa pekerja asing.

Untuk perjelasan yang lebih tepat lagi, syarikat adik Zahid hanya membuat kertas kerja untuk mendapatkan kontrak tersebut, namun kerajaan bukanlah mengamal sikap kronisme dalam kontrak. Oleh itu, kontrak tersebut tidak diberikan secara buta-buta kepada syarikat adik timbalan perdana menteri itu.

Dengan itu, diharap tiada lagi pemimpin pembangkang yang cuba mendakwa bahawa Zahid telah mengutamakan syarikat 'adik-beradik' dalam kontrak yang ditawarkan kerajaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment