Tuesday, November 03, 2015
Speaker Dewan Rakyat Mahu Tony Pua Letak Jawatan PAC
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bahawa
sekiranya Ahli Parlimen DAP Tony Pua tetap berkeras mahu meneruskan
perdebatannya dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul
Kanda Kandasamy. Maka Tony haruslah meletak jawatan daripada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sama ada suka atau tidak suka.
Sekiranya ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu enggan untuk berbuat
demikian, hasrat Tony untuk berdebat harus dilupakan. Pandikar membuat
keputusan tersebut di dalam dewan rakyat dan menegaskan bahawa Parlimen
tidak akan membenarkan debat itu diadakan kerana ia bakal mengganggu
siasatan PAC mengenai 1MDB.
"Jika mereka mahu meneruskan perdebatan ini, Petaling Jaya Utara (Pua)
perlu meletak jawatan daripada PAC atau menahan diri daripada menghadiri
mana-mana pendengaran PAC tentang 1MDB," kata Pandikar.
Perdebatan yang berlangsung antara Arul dan Tony hanya akan menampakan
Tony lebih kepada seorang pendakwa dan bukannya seorang penyiasat.
Tindakan yang bakal diambil oleh Tony hanya akan menjatuhkan kredibiliti
PAC.
Sekiranya perdebatan tersebut tetap mahu diteruskan, maka secara tidak
langsung selepas perdebatan tersebut berakhir, Arul tidak lagi boleh
menjadi saksi utama untuk meneruskan siasatan PAC terhadap 1MDB. Kan
lebih baik kalau tunggu siasatan berakhir baru Tony teruskan agenda
perdebatan tu. Gelojoh sangat nak kemana??
"Kenapa tidak boleh tunggu untuk diadakan debat sehingga selepas siasatan PAC selesai?," soal Pandikar Amin Mulia lagi.
Nak tunggu siasatan berakhir bukannya lama pun, lagi dua bulan jer lepas
pada tu nak berdebat ke nak bertumbuk ke ikut suka hati korang lah
haha! Tindakan mereka ni hanya bakal mencacatkan lagi siasatan PAC
kepada 1MDB. So kalau Tony berkeras juga nak teruskan apa kata letak je
jawatan macam dituntut speaker.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment