Tuesday, November 03, 2015

Rakyat Makin Benci DAP Yang Semakin Angkuh!

Kebencian rakyat terhadap parti kepimpinan DAP semakin menebal ekoran sikap tamak dan kerakusan mereka untuk membolot kerusi-kerusi di Parlimen dan seterusnya menawan Putrajaya. Sikap gelojoh DAP  tidak dapat dibendung lagi sehingga menampakkan bahawa mereka telah membelakangkan perpaduan dan kesepakatan dalam masyarakat.

Terlalu taksub untuk memonopoli kuasa politik telah menyebabkan rakyat semakin menolak kepimpinan DAP.  Menyedari perkara tersebut, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendakwa setakat ini hanya orang Melayu sahaja yang telah sedar dari mimpi dan melihat perangai sebenar DAP.

Tidak mustahil suatu hari nanti giliran golongan Cina pula yang akan tersentak dengan kerakusan parti DAP, sekali gus mereka juga akan bersepakat untuk menolak DAP pada pilihan raya umum akan datang. DAP sekarang ini makin biadap apabila bertindak mempergunakan parti-parti lain sebagai haiwan tunggangan dan menjadikan beberapa aktivis Melayu sebagai umpan untuk memperoleh kejayaan.

“Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi Pas di Selangor jelas membelakangkan Parti Amanah Negara (Amanah) yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.

“Selain itu, DAP terus mendesak Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk menyingkirkan Exco Pas dan jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baharu,” katanya.

Jelas menunjukkan bahawa tindak tanduk DAP telah membongkarkan niat sebenar mereka untuk menguasai kesemua kerusi yang ada tanpa memikirkan perasaan parti-parti dalam kerjasama Pakatan Harapan. Entah bomoh mana yang DAP guna sehingga hampir kesemua ahli parti mengikut telunjuk mereka...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment