Tuesday, November 03, 2015

Ini Sebab Sebenar Kenapa Tony Pua "Hilang Telor" Nak Berdebat Dengan Arul

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli umpama memberi amaran dan peringatan kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee, mengenai status dan kebolahan yang dimiliki oleh individu yang dicabarnya untuk berdebat isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sebelum ini, Tony Pua dengan bongkaknya mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat secara langsung dan cabaran tersebut diterima. Pada masa yang sama mungkin Tony tidak sedar mengenai kebolehan yang dimiliki Arul.

Oleh itu, Rafizi dengan murah hatinya telah menggambarkan siapa sebenarnya individu tersebut. Arul digambarkan sebagai seorang ‘lagenda di kalangan pembahas Malaysia’. Beliau juga telah beberapa kali mengetuai pasukan debat pada 1990-an dan sudah banyak kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM).

Fuhhhhhh tak kan tak hebat lagi macam tu, mengetuai okey bukan menjadi ahli perdebatan. Tony tak kecut perut ke dengar ni?? Haha!

“Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy,

“Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK, dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas,” tulis Rafizi di posting blognya.

Tidak menolak pujian yang diberikan Rafizi, Arul mengakui pernah menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.

“Saya adalah pemenang termuda dalam ‘International Plain Speaking Award’ ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima,” kata Arul.

Eshhhhh.. Kalau dah tingkatan satu sudah menang pembahas terbaik, fuhhhhh sekarang ni tak tahu la tahap mana kebolehan yang dimiliki oleh Arul. Kalau Gomez la jadi Tony Pua, baik angkat kaki belah je dari bakal dimalukan di kaca televisyen, live pulak tu haha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment