Tuesday, November 03, 2015
Kementerian Pendidikan Siasat Aksi "Comolot" Dua Pelajar India
Baru-baru ini tersebar satu adegan mesra antara sepasang pelajar India
yang dipercayai pasangan kekasih. Fuhhhhhh.. Romantik habis scene dorang
ni, siap berlari peluk si lelaki yang sedang melutut, lepas peluk siap
comolot pulak. Mak aiiii tak kan tak sweet lagi haha!
Akibat adegan mesra mengalahkan pelakon Bollywood itu menjadi viral dan
mendapat pelbagai kritikan berserta cemuhan dari pengguna laman sosial.
Kementerian Pelajaran kini sedang menyiasat tindak tanduk dua orang
pelajar India yang terlebih mesra itu.
Rakaman video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan si pelaku masih
berpakaian uniform sekolah dan pihak Kementerian percaya bahawa kejadian
tersebut berlaku dalam waktu pembelajaran. Timbalan Menterinya,
P.Kamalanathan berkata, walaupun beliau sendiri masih lagi belum
menonton video tersebut, namun beliau berasa amat kecewa dengan kelakuan
terlampau pelajar terbabit.
“Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Pihak Kementerian masih lagi menyiasat untuk mengetahui di mana lokosi
kejadian itu berlaku. Indentiti dua pelajar terbabit juga masih lagi
dalam proses mengenal pasti. Selepas individu-individu terbabit ditahan
barulah mereka akan memikirkan apakah hukuman yang sesuai bagi
menghukum.
“Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka,” kata Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.
Inilah jadinya kalau remaja terlalu terdedah dan terpengaruh dengan
“relationship goals” dan “life goals” yang sekarang ini menjadi trend
anak mudah untuk melahirkan kononnya feeling cintan cintun mereka. Kalau
dah kahwin tu takde la rasa nak muntah sangat, ini baru sekolah
menengah amboiiii rasa macam nak muntah hijau je.
“Apabila hidup dalam suasana yang berlainan dari zaman dahulu, ibu bapa
perlu membimbing anak-anak mereka dengan baik dan membimbing itu bukan
sahaja tanggungjawab guru, malah semua pihak,” tambah Kamalanathan.
Mungkin dorang rasa time tu doranglah “couple of the year” yang paling
hot sekali kat dalam sekolah tu. Ala-ala nak propose ajak berkahwin gitu
eiiiiii gelinya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment