Tuesday, November 03, 2015
Mahfuz Kecewa Dengan "Perangai Budak-Budak" Wakil Pembangkang di Parlimen
Majlis Perwakilan Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan
ahli-ahli pemimpin parti pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka gemar
untuk menyampaikan maklumat yang tidak tepat dan bercanggah dengan
fakta sebenar.
Terutama sekali berhubung isu-isu yang dibahaskan di Parlimen tempoh
hari. Ahli-ahli pembangkang lebih gemar mengeluarkan kenyataan berbentuk
pendapat tanpa melakukan apa-apa penyelidikan terlebih dahulu.
Dalam erti kata lain “cakap ikut sedap mulut”, oleh disebabkan tindakan
mereka yang mengeluarkan kenyataan tanpa isi berguna, Mahfuz memesan
kepada ahli parlimen pembangkang supaya adalah lebih afdal jika mereka
duduk diam dan bersikap lebih terbuka agar rakyat tidak celaru dengan
mesej celaru mereka itu.
"Apa yang penting dalam Parlimen. Pembangkang harus memberi mesej yang betul dan tepat kepada rakyat.
"Pembangkang hari ini telah memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.
“Ini tak mustahil akan menyebabkan rakyat give up dengan politik
parti-parti pembangkang khususnya... untuk pilihan raya umum akan
datang," katanya.
Sementara itu, Mahfuz juga turut melahirkan rasa kekecewaan terhadap
kepimpinan parti pembangkang. Ini kerana mereka dilihat asyik berperang
sesama sendiri daripada musuh sebenar mereka iaitu Umno. Hal ini
membuktikan bahawa kepimpinan mereka semakin lemah dan terumbang ambing.
"Rakyat yang harap pembangkang ambil alih Putrajaya tak mahu melihat
pertembungan sama sendiri, sudah tentu mereka lihat BN juga akan
menang.” Tegas Mahfuz.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment