Tuesday, November 03, 2015
Wan Azizah Anggap PAS Buat "Dosa Besar" Sebab Tak Mahu Jatuhkan Najib
Umpama satu kesalahan besar dalam seumur hidup, hanya kerana Pas tidak
sokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan
tidak mahu bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menolak Bajet 2016.
Perumpamaan ini diberikan oleh Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail. Dia mendakwa bahawa semua ahli pambangkang perlu
menyokong usul tersebut kerana ia dianggap sebagai satu tanggungjawab
moral ahli parlimen Malaysia. Mungkin kalau tak sokong berdosa besar kot
noh haha!
Hanya gara-gara perdana menteri tidak putus-putus dibebani dengan
pelbagai masalah dan skandal, so terus pembangkang ambil kesempatan
untuk menggulingkannya. Tidak rasa macam kebudak-budakkan ke perangai
parti pembangkang ni?? Macam tak matang je.
“Ini termasuk 1MDB dan derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun
peribadi Perdana Menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan
rakyat,” katanya.
Wan Azizah mengeluarkan kenyataan wajib sokong usul undi tidak percaya
kerana ianya adalah sebahagian dari tanggungjawab ahli parlimen adalah
kerana hendak membidas kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas bahawa Ahli Parlimen Pas akan
dikecualikan dalam undian menolak Bajet 2016 dan usul undi tidak
percaya.
Mungkin bengang dengan keputusan Presiden Pas itu, Wan Azizah yang tidak
mahu mengalah tetap mahu meneruskan agenda mereka tanpa Pas walaupun
Pakatan Harapan tahu bahawa agenda mereka ini mungkin tidak akan berjaya
tanpa pertolongan parti Islam terbabit.
“Pakatan Harapan tetap dengan pendirian untuk menolak Bajet 2016 dan meneruskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
“Kedua-dua perkara ini adalah tanggungjawab ahli parlimen yang mewakili rakyat Malaysia,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment