Tuesday, November 03, 2015

Kit Siang Bersyukur Kerana PAS Tak Lagi Bersama DAP

Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tiada keselesaan jika Pakatan Harapan (PH) mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas.

Kata Kit Siang, jalinan kerjasama bersama Pas untuk memberi keselesaan kepada PH tidak akan kekal lama, sebaliknya ianya akan mengucar-kacirkan hubungan parti gabungan pembangkang kelak.

Jelas Kit Siang, ini kerana Pas memainkan politik agama dan perkauman, dan perkara itu akan menyebabkan tiada keselesaan jika bersama parti Islam itu.

Tambah Kit Siang, bila bersama, parti masing-masing perlu mengetepikan politik agama dan perkauman bagi memberi keselesaan, tetapi pasti Islam tidak meletak tepi aspek tersebut yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

"Jika kita akan mempunyai politik untuk keselesaan seperti itu, dimana kita juga bermain politik perkauman dan agama, saya tidak dfikir kita menawarkan penyelesaian yang kekal.

Dalam masa sama, Kit Siang yang menyentuh mengenai Pakatan Rakyat mengatakan beliau bersyukur kerana gabungan itu telah terkubur dan perkara itu terjadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tiba.

Kit Siang berkata, jika perkara ini berlaku semasa PRU akan datang, maka impian parti pembangkang menubuhkan sebuah kerajaan akan berpecah.

Oleh itu, beliau berasa bernasib baik kerana Pakatan Rakyat terkubur sebelum PRU14 tiba sekaligus memberi masa untuk mereka membentuk semula parti gabungan pembangkang yang baharu.

"Nasib baik perpecahan Pakatan Rakyat berlaku sebelum pilihan raya umum akan datang. Kerana, jika kita telah memenangi pilihan raya umum ke-13, maka kita akan berdepan dengan perpecahan dalaman ini sebagai kerajaan," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment