Tuesday, November 03, 2015

Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Mahu Ali Tinju Bertanding Lawan KJ

Mutakhir ini jelas kelihatan Ali Tinju paling lantang berjuang untuk anak muda melayu dan penjawat awam melayu.

Sebagai bukti, dimana pada kejadian anak-anak muda melayu yang dipukul di Plaza Low Yat dahulu, Ali Tinju lah paling lantang menyuarakan ketidak puasan hati dan suara anak muda orang melayu terhadap kejadian tersebut sehingga beliau terpaksa bermalam di lokap polis.

Ali Tinju seterusnya didakwa di Mahkamah kerana menghasut namun beliau dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak cukup bukti.

Di Melaka pula dimana insiden pegawai-pegawai Imigeresen yang dipukul oleh 40 orang samseng berbangsa cina, Ali Tinju telah mengetuai beberapa NGO Melayu yang di panggil Gerakan Merah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mereka telah berjumpa dengan pegawai atasan Imigeresen Melaka serta pihak polis Melaka bertujuan untuk memastikan pegawai-pegawai Imigresen Melaka yang dipukul tersebut mendapat pembelaan.

Ali Tinju serta rakan-rakannya juga bertindak memastikan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap samseng-samseng tersebut yang memukul penjawat awam.

Saya selaku bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia amat yakin dan menyokong penuh jikalau Ali Tinju masuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada permilihan parti Umno akan datang.

Ini kerana sehingga kini kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dilihat gagal dalam tanggungjawabnya untuk mempertahankan maruah dan nasib serta hak orang melayu yang sedang diserang, di hina, di perlekehkan dan dicabar oleh bangsa asing di Malaysia.

Jika diteliti, Ali Tinju juga tiada masalah peribadi mahu pun terlibat dengan sebarang skandal dan jelas beliau bersih.

Saya juga jelas lihat yang anak-anak muda melayu menyokong penuh Gerakan Merah yang diterajui oleh Ali Tinju.

Saya yakin Ali Tinju mampu membawa orang melayu ke suatu tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dilihat ketika ini hanya golongan yang kejar projek dan kontrak dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab mereka pada bangsa, agama dan tanah air.


SYED ROSLI JAMALULLAIL 
Bekas Calon Ketua Pemuda Umno Malaysia

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment