Tuesday, November 03, 2015
Wan Azizah Dedah Ada Pemimpin PAS Sokong Pakatan Harapan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan
menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan melayani pendirian Pas yang
menyokong usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Menurut Wan Azizah, beliau menghormati pendirian Pas untuk tidak bersama
PH bagi menolak usul bajet dan beliau tidak menghiraukan lagi pendirian
Pas itu.
Wan Azizah yang kecewa dengan pendirian Pas itu berkata, beliau dan
pemimpin PH tetap akan meneruskan langkah untuk menolak usul bajet 2016
walaupun tidak disokong oleh parti Islam itu.
Selain itu, Wan Azizah juga percaya, masih terdapat pemimpin Pas yang
menyokong usaha PH untuk menolak bajet walaupun dasar parti Islam itu
tidak menyokong langkah PH.
"Itu pendirian Pas. tetapi, setengah daripada mereka, secara senyap-senyap kata lain," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Dah kecewa dengan Pas ke Kak Wan?? itulah, dulu tak sokong usul hudud
yang dibawa Pas ke Parlimen. Siap sanggup bersama DAP untuk menghalang
hasrat parti Islam itu. Sekarang Kak Wan rasakan balik apa Kak Wan dah
buat kat Pas. Hahaha.
Betul ke apa yang Kak Wan katakan ada pemimpin Pas yang secara senyap
menyokong usaha pemimpin PH untuk menolak usul bajet 2016?? Kalau ada
pun, tu bangkai Amanah yang masih ada dalam Pas.
Pemimpin Pas yang benar-benar berada di landasan parti Islam itu tidak
akan menolak usul bajet tersebut kerana bajet yang dibentangkan memberi
kebaikan kepada rakyat.
Kalau ada yang menolak tu, memang bangkai Amanah yang mahu
merealisasikan impian DAP dan PKR untuk melihat Najib meletak jawatan
susulan usul tersebut ditolak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment