Tuesday, November 03, 2015
Tol : Menteri Cakap Apa Orang Faham Apa?
EDITOR MENULIS...
3 NOVEMBER 2015
Pendekatan memutar
belit atau memetik di luar konteks kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan
BN macam dah jadi penyakit berjangkit sekarang di media sosial. Cakap
betul kena belit, cakap salah apatah lagi, berbelit-belitlah jadinya.
Sehinggakan yang digaji untuk
mempertahankan polisi pun ambil kesempatan menggunakan pendekatan sama
mungkin sebab nak nampak popular. Tak tahulah kita apa yang sesuai
dibuat dengan orang macam ini, campak masuk sungailah agaknya.
Saya bagaimanapun taknak sentuh
kelompok ini dulu, penulis lebih berminat dengan ‘pemimpin-pemimpin’
muda Melayu DAP yang menggunakan sepenuhnya pengaruh mereka di media
sosial terutama Twitter untuk tujuan jahat ini.
Orang macam Rara, Melati dan sebagainya ni.
Terbaru yang jadi mangsa puak-puak ini
ialah Datuk Rahman Dahalan. Beliau niat baik dalam kenyataannya
kelmarin, minta siapa yang terbeban sangat bayar tol ni agar keluar awal
dari rumah, guna jalan biasa ke tempat kerja (jalan tak sesak), tak
payah masuk lebuhraya dan bayar tol.
Di kalangan manusia biasa yang waras
pemikirannya, kenyataan Rahman itu bukan sekadar mengakui kenaikan tol
yang diumumkan syarikat-syarikat konsesi baru-baru ini memberi kesan
kepada rakyat bahkan beliau memberi jalan bagaimana untuk mengatasi
masalah itu – dengan keluar awal dari rumah, untuk ke tempat kerja, ikut
jalan biasa, tak payah bayar tol.
Ini cadangan logik. Tolak penduduk di
Taman Medan, Taman Datuk Harun dan sekitarnya, tidak ada rumah di Lembah
Klang ini yang dibina dalam kawasan lebuhraya, dalam kawasan lebuhraya
tak boleh bina rumah pun.
Tapi apa yang melayu sesat DAP ni
sebut? Dia kata kenyataan Rahman itu kenyataan bodoh, keluar pagi pun
tol tetap kena bayar. Bila yang Rahman kata keluar pagi tak payah bayar
tol kalau lalu lebuhraya bertol?
Nasib baik bukan semua yang termakan
putar belit ini, ramai juga yang masih rasional rupanya – antaranya
pemilik akaun Twitter yang digambarkan di atas.
Bukan setakat tidak termakan
pembohongan, malah ambil peluang untuk jelaskan pulak.
Tak hairan
kenapa hari ini viraliti isu itu sudah kurang, tinggal orang yang
percaya apa yang mereka nak percaya saja.
Kebaikan guna Twitter macam inilah, bila
jawab balik, semua yang mengikut ini pun akan nampak jawapan balik itu,
tidak ada pilihan memang nampak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment