Monday, April 19, 2010

Dr Halili Keluar PKR dan Sertai UMNO!!


16 April 2010 : - Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.


Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.


Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.


Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:


"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.


"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Dipetik dari : mykmu.net

Biarlah Gambar Ini Yang Berbicara....


Dipetik dari : MYKMU.net

Pertandingan Pidato Festival Kesenian Islam Parlimen Seremban

Pertandingan Pidato Festival Kesenian Islam
anjuran
KEMAS Parlimen Seremban
.
17 April 2010
.
Bertempat di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban

.
.
Alhamdulillah, sebagaimana yang dinyatakan di atas, saya telah berpeluang sekali lagi menjadi hakim pertandingan Pidato Festival Kesenian Islam yang mana dahulunya dikenali sebagai Ihtifal.
.
Di dalam majlis ini saya telah berjanji untuk memberikan komentar buat peserta yang bertanding melalui laman blog ini bagi memudahkan setiap peserta mendapat tunjuk ajar serta teguran secara terperinci (detail) bagi dijadikan panduan serta bekalan untuk mana-mana pertandingan yang bakal disertai di masa akan datang.
.
Baiklah komentar-komentarnya adalah seperti berikut:
.
Peserta Pertama : Rosemah Mohd Zin
.
Beliau membawa topik "Konsep 1 Malaysia". Masalah utama beliau adalah apabila beliau membaca teks di sepanjang pidato beliau disampaikan. Maka markah kelancaran penyampaian dan gaya pasti akan terganggu. Keyakinan juga tidak wujud sama sekali kerana beliau seolah-olah memasuki pertandingan membaca berita dan bukannya berpidato! Pemahaman serta penghayatan terhadap isikandungan juga tiada sama sekali lantaran membaca teks tanpa nada sesuai dipadankan dengan apa yang dilafazkan, akhirnya beliau gagal sama sekali menarik minat audiens untuk mendengar.

Peserta Kedua : Nurdiana Sibon
.
Peserta ini juga membawakan tajuk "Konsep 1 Malaysia". Kali ini peserta ini sedikit harapan dilihat berbanding peserta pertama apabila beliau tidak membawa teks ketika menyampaikan pidato. Namun, terdapat masalah di mana; gaya yang tidak 'natural' seolah dibuat-buat. Ini mungkin terjadi kerana beliau menggunakan teknik hafalan tanpa memahami isikandungan yang disampaikan. Penghayatan kurang, tiada pemahaman, wajah acapkali berkerut kerana cuba mengingati teks yang telah dihafal (agaknyalah), yang mana akhirnya turut mencacatkan penyampaian secara keseluruhannya
Peserta Ketiga : Nursyasafeza Omar
.
Peserta ini pula membawa tajuk "Muhibbah Membentuk Perpaduan". Peserta ini tidak membawa teks tetapi mengulang kesalahan yang sama. Kerap kali 'hilang' punca apabila terlupa teks yang dihafal. Isi yang terlalu sedikit, sehinggakan pidato disudahkan tidak sampai pun 5 minit, sedangkan masa diberi 7 minit untuk setiap peserta. Isi tidak disusun hinggakan seolah-olah beliau hanya menyampaikan 1 isi sahaja.



Peserta Keempat : Asnorazila Bukhari

Peserta ini sekali lagi memilih tajuk "Konsep 1 Malaysia" kelihatan sedikit tersusun cuma permasalahan menghafal berulang semula. Namun teks dipegang ditangan. Walaupun melihat sekali sekala namun ia jelas mengganggu persembahan beliau. Masa yang tidak diurus dengan baik sehinggakan penyampaiannya melangkaui 10 minit. Tempo penyampaian yang agak 'perlahan' menjadikan penyampaian agak membosankan.

.

Kesimpulannya, saya boleh gambarkan bahawa kesemua peserta pada hari ini kekurangan isi, tiada struktur serta gagal memahami konsep pidato dan pengucapan awam iaitu "Beritahu apa yang ingin disampaikan, sampaikan dan beritahu apa yang telah disampaikan". Dalam ertikata lain kesemua pidato tidak menyatakan outline di dalam pidato yang disampaikan mengakibatkan pidatonya tidak tersusun dan menerawang tanpa arah tuju. Fakta yang kurang juga menjeaskan kematangan isi yang disampaikan oleh pemidato. Tiada langsung pembukaan (introduction) dan penutup (closing) yang menarik daripada peserta.

Apa pun saya ucapkan tahniah di atas keberanian peserta, selamat maju jaya dan tahniah kepada yang berjaya!!!

.

Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden ADAM)

Kamalanathan Calon BN PRK Hulu Selangor

HULU SELANGOR 15 April – Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini.

Pemuda BN Cari Pendekatan Baru Tangani Isu Buang Bayi

KUALA LUMPUR 14 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi menerusi program Makmal Pemuda BN, kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Katanya, kajian makmal itu yang akan berakhir pada bulan Jun ini, terbahagi kepada empat bahagian kajian iaitu mengenai demokrasi dan perpaduan, kos sara hidup dan pekerjaan manakala isu pembuangan bayi pula termasuk di dalam bahagian pendidikan.

“Saya percaya isu pembuangan bayi ini adalah isu bersama dan saya harap kita jangan tutup minda apabila diberi pendekatan-pendekatan tertentu.

“Masyarakat harus sedar bahawa isu buang bayi timbul disebabkan pasangan masih belum bersedia… ini kerana perkara itu jarang berlaku kepada ibu yang sudah berkahwin,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV di sini malam tadi.

Menurutnya, petugas makmal itu terdiri daripada 30 anak muda yang dipilih secara rawak terdiri daripada pelbagai golongan dan taraf hidup dan tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti.

“Kita akan bincang dalam “BN Youth Lab” (Makmal Pemuda BN) apa pendekatan kita … tapi saya rasa isu ini berbalik kepada bahagian pendidikan, dengan itu kita nak pastikan bahawa pendedahan diberi kepada anak-anak muda supaya dapat mengelakkan kejadian sebegini daripada terus berlaku,” katanya.

Khairy berkata, ada pendapat yang mengatakan bahawa pengajaran mengenai kesihatan reproduktif hanya memberi pendedahan yang boleh menggalakkan anak-anak untuk mencuba sesuatu yang berunsur seks tetapi masyarakat harus terima hakikat bahawa perkara tersebut sedang berlaku.

Dengan itu, katanya, pendidikan reproduktif itu perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.

Menurut beliau, semua pihak perlu lebih teliti dan prihatin terhadap anak-anak muda di sekeliling mereka.

“Ini adalah isu masyarakat, bukan senang untuk menyembunyikan perubahan kepada masyarakat apabila seseorang itu hamil, terutamanya selepas mencapai tempoh enam bulan kehamilan.

“Jadi guru, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya lebih teliti dengan anak-anak muda di sekeliling mereka,” katanya. – BERNAMA

UMNO PAS Ludah PKR Kutip -PAS Jilat Kembali Ludah Mereka

Pencalonan Zaid Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada jentera Barisan Nasional.

Zaid Ibrahim yang penuh dengan pelbagai isu salahlaku dan juga mempunyai persepsi buruk dikalangan ahli-ahli PKR sendiri bolehlah diibaratkan sebagai “racun” bagi Anwar dan Pakatan Rakyat di P94 Hulu Selangor.

Walaupun banyak orang didalam PR tidak bersetuju dengan tindakan “tidak waras” Anwar yang tetap mencalonkan Zaid Ibrahim biarpun ramai pemimpin PKR sendiri menentangnya, Fuziah Salleh dan juga Saifuddin Nasution pula telah membuktikan bahawa bahawa merekalah “pembodek tegar” dan balaci yang paling setia kepada setiap keputusan Anwar.

Fuziah Salleh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR tanpa rasa malu mengeluarkan ayat bodek peringkat tertinggi bagi mengambil hati dan menyokong calon pilihan Anwar itu.

Fuziah menyifatkan pemilihan calon oleh Anwar ini adalah yang terbaik. Dia melahirkan rasa yakin bahawa Zaid merupakan calon terbaik yang boleh mewakili semua pengundi di Hulu Selangor.

Fuziah Salleh juga melahirkan rasa kagum dengan sifat tawadduk Zaid Ibrahim yang ditempa dari pengalamannya membesar di kawasan kampung.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula mengibaratkan Zaid Ibrahim sebagai permata berharga untuk PKR dan yakin sikap terpuji Zaid mampu menyentuh hati setiap pengundi di Hulu Selangor.

Dia juga tanpa segan silu mengaku bahawa mengenali Zaid yang disifatkannya sebagai seorang punya prinsip dan ketegasan.

Selain itu, Saifuddin memuji Zaid sebagai seorang yang dikatakan mempunyai ketajaman dan daya intelektual yang luar biasa. Bagi Saifuddin, penampilannya Zaid Ibrahim membuatkannya mudah didekati dalam memberi pandangan.

Inilah bukti “kehebatan” skill bodek dan ampu yang ada pada Fuziah dan juga Saifuddin Nasution.

Jika Anwar meletakkan “kerbau pendek” sebagai calon PKR di Hulu Selangor sekalipun, pasti dua “makhluk” ini akan tetap menyokong keputusan Anwar.

Selepas ini kita tunggu pula apa “pujian” dari pemimpin-pemimpin Pas bagi menyokong Zaid Ibrahim yang pernah mengemukakan saman terhadap tindakan Pas mahu melaksanakan “hudud’ tak lama dulu.

Jangan hairan jika pemimpin dan penceramah Pas memuji-muji dan menceritakan tentang sifat tawadduk Zaid Ibrahim sewaktu berkempen selepas hari penamaan calon nanti.

Seluruh negara sudah tahu dengan pe’el pemimpin-pemimpin Pas yang terkenal dengan sifat munafiq dan penuh dengan putarbelit politik mereka.

Kenyataan Khairy, Jamaludin Benar Bukan Fitnah!!


Hari ini PKR berbicara mengenai bangsa, kerana BN mempertaruh kan sistem setiakawan dengan menunaikan janji dan mengikut sitem pembahagian kerusi .BN tidak takut mempertaruh kan MIC sebagai wakil mereka kerana percaya kepada parti komponen dan Hulu Selangor adalah hak mereka dan mereka perlu diberikan peluang untuk bertanding.

Hanya kerana BN memmpertaruh kan calon MIC , Pembangkang tiba tiba menjadi racists mempertikai kan bangsa dan agama calon BN dan mereka lupa bahawa mereka juga pengundi kepada kemenangan besar DAP yang mana wakil rakyat DAP sememang nya bangsa Cina dan India juga PKR juga punya ramai wakil berbangsa India . Kenapa disini mereka tidak mempertikai kan pengundian yang telah mereka beri. Hanya kerana BN membuktikan parti ini adalah parti setiakawan , mereka cuba mepermain kan isu bangsa.

Namun jika kita lihat dari sudut moral dan kelayakan sebagai calon , Kamalanathan ini mengatasi Zaid Ibrahim , Pendidikan yang setaraf yang tidak boleh dipertikai kan. akhlak yang lebih baik dan moral yang lebih bersih dari Zaid Ibrahim Walaupun Zaid adalah orang Islam namun Zaid mempunyai tabiat yang menyerupai orang orang barat. Beliau juga mengakui dan kini telah mengatakan bahawa beliau kini sudah bertaubat, Sejauh mana kebenaran beliau bertaubat tidak lah kita ketahui tetapi yang pasti beliau bertaubat sekitar mahu menjadi calon

Mempertaruh kan Zaid Ibrahim PkR sebenarnya sudah tewas sebelum bertanding,sanggup ke pengundi Hulu Selangir melihat wakil rakyat dia datang program ketika mulut berbau arak. Walaupun dia kata dia bertaubat , ini sebelumn dia menang , jika dia menang lain pula jadi nya. Sanggup kah orang Hulu Selangor memanggil Zahid jika ada kematian. Sanggup kah mereka menerima doa dari Zaid Ibrahim , Jauh sekali untuk menjadi imam, ma'mum pun belum tahu kerana tahu kah anda berapa besar nya dosa jika kita minum setitik arak dan berpuluh hari sembahyang kita tidak diterima , Itu jika setitik , Jika berkapal kapal macam mana?

Kita bukan membuat tuduhan yang palsu, Ini diakui sendiri oleh Zaid Ibrahim. Nukam kita yang mereka cerita kerana Zaid sendiri yang mengakui. Hari in i PAS dan PKR terlalu sennsitif dan mengatakan BN menyerang peribadi, Kali ini mereka terpaksa akur dan sedar betapa serangan peribadi itu tidak baik sedangkan ini lah kerja mereka selama ini. Apa yang di sarankan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisyamuddin dan Ketya Pemuda UMNO bahawa serangan ini bukan perancangan UMNO< sememeng nya benar kerana serangan i i dilakukan oleh blogger yang menyokong UMNO tanpa merujuk dengan UMNO mahu menerima arahan dari UMNO. Hari ini PKR dan PAS , DAP (tidur tak mahu campur kerana mereka takut mengusik sensitiviti orang Melayu di Hulu Selangor kerana dia ini hipokrates) mengharap kan rakyat jangan percaya bloggers , tapi nyata apa yang bloggers mainkan adalah satu kenyataan . Fikir lah sebaik baiknya pengundi Hulu Selangor , jangan sampai nanti kita mendengar berita ada lagi wakil rakyat PKR yang melanggar orang Melayu di jalan raya kerana berada dalam keadaan yang tidak stabil.

NOTA : Hj Zaid Ibrahin akui dia memang minum arak rapi sudah bertaubat. Jadi berul lah dan kita tidak memfitnah.

Pas Dan Dap Bakal Terjerat Krisis PKR

Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bakal memberi tempias kepada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Dap dan Pas satu hari nanti dan tidak mustahil menjadi ‘api dalam sekam’ kepada pakatan pembangkang berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu bakal mengheret rakan pembangkang yang lain ke kancah berkenaan.

Menurut beliau, tindakan parti pembangkang yang masih lagi memberi kepercayaan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ketua pembangkang walaupun kerusi parti itu di Parlimen berkurangan daripada sekutunya Dap akan dipersoalkan rakyat pada satu hari nanti.

“Rakyat akan tertanya-tanya. siapakah yang mempunyai kuasa dominan di kalangan pakatan pembangkang apabila timbul sesuatu isu. Ini kerana Dap mempunyai 28 kerusi, manakala PKR, 28 dan Pas 23, namun Anwar masih lagi Ketua Pembangkang.

“Sudah tentu bukan PKR lagi yang mempunyai kuasa dominan kerana mereka tidak lagi mempunyai majoriti di kalangan parti pembangkang setelah beberapa Ahli Parlimennya mengambil tindakan keluar parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas perkembangan yang berlaku di dalam PKR setelah beberapa Ahli Parlimennya mengambil keputusan keluar parti. Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada PKR

Pengumuman terbaru daripada Mohsin Fadzli, 65, itu menjadikan tiga Ahli Parlimen PKR telah keluar parti dalam tempoh kurang sebulan selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada 12 Februari dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pada 1 Mac.

Turut berbuat demikian pada 28 Februari lalu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang turut mengumumkan menyertai UMNO.

Dengan tindakan terbaru itu, PKR kini mempunyai 28 Ahli Parlimen, DAP (28), Pas (23) dan Bebas (enam). Barisan Nasional (BN) pula menguasai 137 daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menegaskan, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai pelan kepimpinan yang menyebabkan mereka terus memberi kepercayaan kepada Anwar sebagai peneraju kepimpinan pakatan pembangkang.

“Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangan terkini di dalam krisis kepimpinan di dalam pakatan pembangkang yang semakin hari mengundang masalah,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Khairy menerima kunjungan Pemuda PPP Kebangsaan yang diketuai oleh Sdr Jamaludin Gulamhan bersama Ahli Jawatankuasa yang lain. Turut hadir, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Exco Pemuda BN yang lain.

Menurut khairy, pertemuan itu antara lain membincangkan strategi serta beberapa perancangan serta pelaksanaan dalam usaha mengukuhkan Pemuda BN berpaksikan semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Pada kesempatan pertemuan hari ini, kita melihat bagaimana Pemuda parti-parti komponen BN khususnya Pemuda PPP dalam usaha memperkemaskan lagi Pemuda BN dalam pelbagai aspek terutama dari sudut program dan pelbagai yang lain.

“Alhamdulillah, hari ini kita melihat komitmen Pemuda PPP dalam membantu menjayakan program Pemuda BN terutama dari sudut penambahan keahlian dan sebagainya. Selepas ini, kita akan bincang bagaimana Pemuda PPP sebagai parti yang keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum dapat memainkan peranan di kawasan bandar. Inilah harapan kita kepada semua Pemuda parti komponen yang lain,”katanya.

Pada masa yang sama, Khairy turut merakamkan penghargaan kepada sayap Pemuda parti komponen yang tetap berdiri dan bersatu padu di dalam Pemuda BN meskipun terdapat sesetengah parti induknya menghadapi beberapa masalah.

“Dalam pertemuan dengan Pemuda PPP sebentar tadi pun, kita telah mendapat persetujuan yang mana apa sahaja yang berlaku di dalam parti induk, ianya tidak akan melibatkan Pemuda PPP.

“Malah kita penuh yakin, berdasarkan prinsip ini, Pemuda BN tidak akan terjejas, sebaliknya akan terus kuat untuk membantu dalam membela nasib rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Sumber Laman Web Pemuda

Melayu perlu berani tegur pemimpin – Kadir

Orang Melayu diminta tidak menyerahkan nasib dan masa depan mereka 100 peratus kepada pemimpin tanpa turut mengambil pendekatan mengawasi dan menegur sebarang kesilapan.

Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin berkata, keadaan yang berlaku hari ini dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan sering dipertikai dan dilihat semakin terhakis, adalah hasil kealpaan pemimpin Melayu sendiri.

Beliau yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing berkata, orang Melayu mesti menyedarkan dan menuntut pemimpin mereka agar bertindak tegas mempertahankan hak tersebut tanpa rasa bersalah ketika masih menguasai bidang politik, pentadbiran dan pemerintahan dalam negara.

‘‘Sebarang dasar dan rancangan kerajaan hendaklah selari dan menepati kehendak Perlembagaan terutama berkaitan perhubungan kaum seperti termaktub dalam Perkara 152 berkaitan bahasa Melayu dan Perkara 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi,’’ katanya semasa menyampaikan pidato perdana bertajuk ‘Hak Istimewa Orang Melayu: Konflik Antara Perlembagaan dan Amalan’ di sini semalam.

Zahrain Dedah Nama 8 Ahli Parlimen BN Yang Sepatutnya Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini terus menggemparkan persidangan Dewan Rakyat apabila beliau menamakan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) akan melompat parti dalam percubaan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Mereka ialah wakil rakyat Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Sallehs), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah).

Zahrain memberitahu dewan, beliau mula berasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ketamakan kuasa dan keutamaan diri menjadi keutamaan dalam percubaan merampas kuasa itu.

Dan apabila Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya siapakah timbalan yang dipertua dewan yang dimaksudkan oleh Zahrain sebagai sebahagian daripada mereka yang akan melompat parti menyertai pembangkang pada 16 September 2008, Zahrain dalam nada menyindir berkata; “YB Timbalan Yang Dipertua pun tahu siapa dan saya pun tahu siapa.”

Zahrain meneruskan ‘pembalunannya’ dengan menyelar para pemimpin PR terutamanya Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang berkata, proses pembersihan dalam PKR kini telah selesai dengan tiadanya lagi pemimpin-pemimpin sepertinya.

“Hakikatnya, saya ingin tegaskan di sini, bahawa Tuhan yang telah melakukan proses pembersihan dalam PKR dengan membuka hati kami untuk meninggalkan parti itu dan apa yang tinggal di dalam parti itulah yang penuh dan bergelumang dengan najis,” ujarnya.

Beliau menasihati Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ oleh sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shanon Ahmad untuk memahami dengan lebih lanjut apa yang beliau maksudkan.

“Dan hari ini, di dalam dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan pekung di dalam PKR supaya rakyat mengetahui permainan politik sebenar PKR,” katanya.

N. Gobalakrishnan (PKR – Padang Serai) lantas bangun dan mencelah dengan menuduh Zahrain sebagai hipokrit besar dan pengkhianat.

Wan Junaidi kemudiannya menegur Gobalakrishnan supaya tidak memanggil ahli dewan yang lain dengan perkataan ‘kamu’ dan ‘pengkhianat’. Tian Chua (PKR-Batu) kemudiannya bangun dan mengeluarkan sepucuk surat yang ditulis oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memperlihatkan bahawa selepas insiden kegagalan 16 September 2008, beliau (Zahrain) masih menunjukkan keyakinannya kepada kepimpinan PR tidak seperti yang disebut di dalam dewan hari ini.

Kata Tian Chua, jika benar selepas 16 September Zahrain telah hilang keyakinan kepada PR, kenapa dalam sepucuk surat bertarikh 8 Jun 2009 yang ditulis kepada pucuk pimpinan negeri, Zahrain mencadangkan Majlis Kepimpinan PR Pulau Pinang patut bertemu sekurang-kurangnya sekali sebulan supaya kepimpinan negeri boleh berbincang dan berinteraksi di antara satu sama lain dengan lebih baik.

Tian Chua juga mendakwa, di dalam suratnya itu, Zahrain turut mencadangkan supaya Guan Eng yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

“Orang yang beliau cadangkan supaya mempengerusikan mesyuarat PR itulah yang beliau tuduh sebagai seorang berfikiran komunis, cauvanis dan berfikiran sempit,” tegasnya.

Beliau kemudian terus membaca isi kandungan surat itu yang berbunyi: “Berhubung pengesahan anugerah gelaran Datuk Seri, saya (Zahrain) ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan saya ke atas TYT (Tuan Yang Terutama) Gabenor kerana bersetuju untuk memberikan anugerah ini dengan sokongan saudara (Guan Eng).”

“Bagaimanapun saya difahamkan, TYT juga turut mencadangkan agar saudara juga menerima anugerah yang sama tetapi saudara telah menolaknya dan TYT kemudian mencadangkan agar anugerah itu diberikan kepada ayah saudara, Lim Kit Siang yang telah banyak berjasa kepada negara.

“Dan sebagai tanda hormat kepada TYT, saya hanya akan menerima anugerah Datuk Seri ini sekiranya ayah saudara turut bersetuju menerimanya.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya berhasrat untuk bekerja dengan lebih rapat dengan saudara dan mengekalkan hubungan yang ikhlas serta mengukuhkan persaudaraan di antara kita. Saya juga memandang ke hadapan untuk meneruskan kerjasama yang baik ini.”

Tian Chua kemudian berkata, kandungan surat itu dengan jelas menunjukkan yang Zahrain bersetuju untuk menerima anugerah dan gelaran ‘Datuk Seri’.

Zahrain kemudiannya mempertahankan dirinya dengan berkata surat itu bukanlah untuk beliau memohon gelaran itu untuk dirinya.