Friday, February 12, 2016
20,000 Pelatih Sertai PLKN Mulai 26 Mac
SIBU : Seramai 20,000 pelatih akan menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) mengikut Program Transformasi PLKN 2.0 bermula 26
Mac ini.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin
Mohd Harun berkata pelatih itu akan ditempatkan di 81 kem di seluruh
negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu.
“Inilah tahun pertama kita buat pengambilan di bawah Program
Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja,”
katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1
Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park, kira-kira 30 kilometer dari sini,
Jumaat.
Beliau berkata dengan satu pengambilan itu, tumpuan dapat diberikan
bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan.
Fasa itu
akan memberi pendedahan kerjaya kepada pelatih di agensi yang menawarkan
latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institusi
Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.
“Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang
diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk
generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan
mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini
nanti,” katanya.
Ketua Pengarah PLKN Datuk Mohmed Asri Yusuf pula berkata para pelatih dipilih pihak sekolah berdasarkan prestasi mereka.
“Pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berpotensi dalam
bidang kemahiran akan dipilih oleh pihak sekolah masing-masing untuk
mengikuti latihan ini,” katanya.
Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu bimbang mengenai tahap
keselamatan dan kesihatan anak mereka kerana prasarana kem-kem PLKN
sudah ditambah baik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment