Monday, February 15, 2016
Alamakkkk.... Bekas YDP PAS Cuba Berbohong?
Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim berkata tiada kejadian pecah amanah
berlaku ketika beliau memegang jawatan Yang dipertua (YDP) PAS Kelana
Jaya.
Beliau menjelaskan ketika menyandang jawatan itu, sebarang urusan
melibatkan kewangan PAS kawasan itu diputuskan dalam mesyuarat dan
mengikut peraturan parti.
Izham berkata demikian sebagai mengulas laporan portal BNBBC yang
mendakwa siasatan polis sedang dijalankan terhadap seorang pemimpin
AMANAH atas tuduhan pecah amanah kerana mengeluarkan duit daripada akaun
PAS Kelana Jaya lebih RM50,000. Baca di SINI
Kejadian itu dilaporkan berlaku sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa yang
terakhir pada 18 Ogos 2015 untuk meluluskan pembatalan pembelian
bangunan.
"Secara umumnya PAS Kelana Jaya masa saya YDP dulu, apa-apa keputusan duit semua dalam mesyuarat.
"Kita akan buat minit. Apa-apa (keputusan) mesti dapat kelulusan dan ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
PAS Kelana Jaya membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Laporan BBNC
bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana pihak yang terlibat dalam isu
pecah amanah tersebut.
Sehubungan itu, Izham berkata beliau tidak tahu laporan polis itu dibuat
sama ada semasa beliau memimpin PAS Kelana Jaya atau tidak.
"Hampir 90 peratus ahli jawatankuasa semasa saya jadi YDP keluar dari parti.
"Yang sekarang semua 100 peratus jawatankuasa baru, saya tak pasti sama
ada mereka dah siasat betul-betul terlebih dahulu sebelum buat tuduhan,"
kata Izham yang menjadi YDP terakhir sebelum tertubuhnya jawatankuasa
baru.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment