Monday, February 15, 2016
Tolak UMNO Jika Ada 'Malaikat' Baharu - Annuar Musa
KUALA LUMPUR : Rakyat berhak memilih bagi menentukan masa depan Umno dan
Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan pada pilihan raya umum akan datang
jika menganggap wujudnya 'malaikat' baharu yang mampu mentadbir negara
dengan lebih baik.
Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti
itu akan terus mempertahankan hak rakyat khususnya kaum Bumiputera
seperti yang terkandung dalam Perlembagaan selagi diberi mandat oleh
rakyat.
Katanya, ini termasuk bagi memenuhi objektif penubuhan Majlis Amanah
Rakyat (MARA) untuk memastikan golongan Bumiputera mendapatkan
pendidikan ke peringkat tertinggi.
"Wujudnya MARA bukan untuk suka-suka. Tapi kalau tak suka dengan Mara,
ubahlah Perlembagaan. Tapi selagi Umno (berkuasa) kami akan pertahankan
Perlembagaan.
"Tuan-tuan nak cari orang lain yang nak pinda Perlembagaan...silakan.
"Dua tahun lagi pilihan raya, if u found a new angel, dan Umno ini devil, vote us out," katanya di sini, Isnin.
Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata demikian ketika berucap pada
majlis penyerahan surat tawaran pinjaman pendidikan Mara kepada
mahasiswa Institusi Pengajian Mara (IPMa) di Universiti Kuala Lumpur
(UniKL) di sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment