Tuesday, February 16, 2016
Alhamdulilah.... Ringgit Terajui Kenaikan Mata Wang Asia
KUALA LUMPUR : Jika sebelum ini, ringgit, baht dan rupiah dianggap
sebagai mata wang yang paling terjejas di Asia, namun keadaan bertukar
sebaliknya apabila mata wang berkenaan kembali membuktikan daya tahan
meskipun wujud ketidaktentuan hala tuju pasaran China serta dasar
kewangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Sejak November, kadar pertukaran asing Malaysia, Thailand dan Indonesia
kembali menjadi antara tiga yang paling menonjol dari segi peningkatan
dalam kalangan negara pasaran baru muncul di Asia.
Agensi berita kewangan Bloomberg melaporkan, nilai ringgit meningkat 5.3
peratus sejak tiga bulan lalu, manakala baht dan rupiah, masing-masing
menokok 1.8 peratus dan 1.0 peratus. Sementara itu, semua mata wang
negara pasaran baru muncul Asia yang lain mencatat penurunan, di dahului
won sebanyak 4.0 peratus.
"Pasaran (berkenaan) sudah mengabaikan kesan kebimbangan langkah
mengetatkan dasar kewangan oleh Fed dan ia memanfaatkan negara yang
menawarkan aset yang berhasil tinggi seperti Indonesia, buat masa ini,"
kata Ahli Strategi Tukaran Asing Deutsche Bank AG di Singapura, Mallika
Sachdeva.
Deutsche Bank yang berpangkalan di Jerman itu memilih ringgit dan rupiah
sebagai mata wang pilihan di Asia berbanding wong Korea Selatan dan
dolar Taiwan, kata Sachdeva.
Kadar inflasi yang semakin rendah dan pertumbuhan lebih pesat di
Indonesia menarik kemasuk dana asing ke republik itu, manakala keupayaan
kerajaan Malaysia mengekalkan sasaran penurunan defisit berserta
peningkatan eksport di sebalik harga minyak mentah rendah, menarik
perhatian pelabur global.
Sebahagian besar berita negatif, ekoran penurunan harga komoditi pada
2015, sudah diambilkira, kata Ketua Ahli Strategi Pendapatan Tetap dan
Mata wang Macquarie Bank Ltd di Singapura, Nizam Idris.
"Jika dolar AS mengukuh lagi dan ia dijangka tidak berlaku, maka mata
wang Asia juga akan menjadi lemah tetapi pada penurunan itu pada kadar
lebih rendah berbanding mata wang negara Asia Utara," katanya.
Pergerakan harga komoditi yang semakin stabil membantu mengukuhkan
ringgit dan rupiah berbanding dolar AS, namun keadaan masih lagi tidak
menentu, kata Nizam.
Daya tahan tukaran asing negara Asia Tenggara meningkatkan permintaan
instrumen hutang kerajaan, dan ucapan Pengerusi Fed, Janet Yellen kepada
Kongress bahawa peningkatan kadar faedah AS mungkin ditangguhkan,
mendorong ia meningkat tinggi semalam.
Mata wang Indonesia meningkat 5.7 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu,
tertinggi di Asia, diikuti oleh peningkatan 4.3 peratus sekuriti Thai,
demikian mengikut indeks Bloomberg.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Thailand mungkin meningkat 2.7
peratus tahun lalu kerana kerajaan meningkatkan infrastruktur
perbelanjaan berbanding 0.9 peratus pada 2014, demikian mengikut
jangkaan median ahli ekonomi dalam pengutusan suara Bloomberg sebelum
perangkaan dikeluarkan 15 Februari.
Baht kurang terjejas berbanding rupiah atau ringgit kerana dana asing memegang bahagian kecil nota berdaulat Thai, kata Nizam.
Hubungan China dengan ekonomi Indonesia mengalahkan jangkaan
penganalisis untuk berkembang 5.04 peratus pada suku keempat dan inflasi
kekal di bawah lima peratus dalam tempoh tiga bulan lalu selepas
melebihi tujuh peratus pada pertengahan 2015.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata beliau yakin pertumbuhan akan
mencecah tujuh peratus menjelang 2019 dalam satu temubual dengan
Bloomberg Television semalam.
Eksport Malaysia meningkat untuk tujuh bulan berturut-turut, Indonesia,
sejajar dengan Malaysia dan Thailand menjangkakan gabungan permintaan
domestik dan perbelanjaan awam untuk merangsang ekonomi.
Penggunaan swasta mewakili 56 peratus KDNK Indonesia dan 51 peratus KDNK
Malaysia, demikian mengikut perangkaan daripada Bank of America Merrill
Lynch. Asia Utara lebih kukuh untuk eksport dan mempunyai kaitan rapat
dengan China.
"Dalam tempoh terdekat, dengan pemacu luaran kekal lemah merentasi
seluruh dunia, ekonomi dengan permintaan domestik yang kukuh akan terus
mencatatkan prestasi yang lebih baik," kata Pakar Strategi Tukaran Asing
Australia & New Zealand Banking Group Ltd, yang berpangkalan di
Singapura, Irene Cheung.
"Mata wang Asia Utara lebih terdedah kepada kemelesetan perdagangan global," katanya..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment