Tuesday, February 16, 2016
Saya Juga Rakyat Biasa! - Nurul Hidayah Ahmad Zahid
Selepas kenyataannya mempertahankan kemasukan pekerja Bangladesh ke
negara ini dikritik hebat, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan
beliau pernah bekerja di sebuah medan selera untuk mencari wang poket
sendiri.
Malah, katanya, beliau turut bekerja di sebuah syarikat penerbitan untuk menimba pengalaman.
“Apabila saya masih bersekolah, saya bekerja di sebuah medan selera di
Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket.
“Pada cuti semester saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan untuk
menimba pengalaman. Anda tidak boleh hanya berkata-kata seperti yang
anda suka, kerana saya juga ada suara dan boleh bercakap,” kata
Nurulhidayah dalam laman Instagram miliknya.
Nurulhidayah berkata dirinya juga adalah rakyat biasa dan menerima gaji RM1,700 selepas tamat pengajian dulu.
“Apa maksud anda orang atasan? Apa maksud anda dengan rakyat?
“Saya pun rakyat juga! Saya bukan orang istana atau anak raja. Jadi, sila fahamkan kat sini,” katanya.
Nurul Hidayah mempertahankan tindakan bapanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri, dengan menyatakan komen
tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya.
“Dia bercakap daripada pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70-an
dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas dan memilih kerja,”
katanya.
Pada Isnin, laman Facebook Amran Fans mencadangkan di media sosial
supaya Nurul Hidayah sebagai ikon belia negara dengan kelayakan ijazah
komunikasi massa, bekerja di tempat seperti pusat panggilan, sebagai
jurujual, promoter atau juruwang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment