Tuesday, February 16, 2016
AMANAH Cabar PAS Dedah Nama
KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan mencabar
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mendedahkan nama ahli
parti itu yang didakwanya kembali kepada Pas.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pihaknya yakin apa yang didakwa itu tidak benar.
“Dakwaan Mohd Amar tidak berasas. Senaraikan kepada kami nama yang mahu keluar Amanah untuk kami periksa,” katanya.
Che Ibrahim berkata, ahli Amanah bagaimanapun tidak perlu takut untuk
mengisytiharkan diri sekiranya mahu berpatah balik kepada Pas.
“Amanah tidak bersikap menghukum ahli dengan macam-macam gelaran atau hukuman.
“Semua warganegara bebas memilih dan menyokong parti pilihan mereka
tanpa diikat dengan sumpah atau baiah kerana parti hanyalah alat kepada
perjuangan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin dengan kesetiaan penyokong Amanah
memandangkan setakat ini belum ada ahli-ahlinya yang menunjukkan
tanda-tanda kekecewaan serta tidak puas hati dengan perjuangan parti
itu.
“Apa lagi untuk keluar menjadi ahli lain atau kembali semula kepada parti asal mereka,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment