
Monday, February 15, 2016
AMANAH Sebenarnya Sebuah Parti Sesat??

Beberapa ahli dari Parti Amanah Negara dikhabarkan mahu membuat pusingan
U-turn untuk kembali kepada parti Pas. Menurut khabar angin, tindakan
mahu membuat pusingan U-turn tersebut adalah disebabkan mereka-mereka
ini kini sedar bahawa parti Amanah bukanlah jelas seperti yang di
gembar-gemburkan oleh Presiden Amanah, Muhamad Sabu.
Maknanya adakah parti Amanah selama ini sesat dan tiada hala tuju yang
jelas?? Jadi apa motif sebenar parti Amanah ini ditubuhkan? Adakah hanya
untuk Muhamad Sabu atau Mat Sabu merasakan dirinya sebagai orang paling
atas dalam parti? Adakah ini disebabkan Mat Sabu gilakan kuasa?
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa
sememangnya ada diantara beberapa ahli Amanah yang mahu rujuk kembali
kepada Pas. Namun bilangan individu terbabit masih lagi dirahsiakan, dan
identitinya juga disembunyikan.
Menurut Mohd Amar, pengesahan tersebut masih lagi di peringkat awal.
Namun begitu, mereka menyambut baik penyesalan yang disuarakan oleh
beberapa serpihan ahli Pas yang menyertai Amanah itu.
“Memang ada ahli AMANAH yang datang balik kepada kita. Selama ini pun
ada sebahagian kawan-kawan kita yang sertai AMANAH kerana keliru dengan
isu yang berlaku, dan tidak dapat penjelasan yang patut.
“Bila dah tenang, mereka mungkin dah dapat maklumat tepat dan lihat kebenarannya.
“Ini suatu perkembangan yang baik. Ia akan perkukuhkan kerajaan Kelantan dan parti ini sendiri,” katanya
Berkemungkinan juga sebelum ini mereka terlalu terpengaruh dengan
hasutan dan kata-kata yang dilontarkan oleh Presiden Amanah. Sehinggakan
mereka bertekad dan sanggup tinggalkan Pas, akan tetapi setelah
menyertai parti tersebut ternyata semua itu hanyalah omong kosong.
Berita yang kini tersebar ini juga mendapat pengesahan dari Setiausaha
Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Memang benar ada segelintir ahli
Amanah yang mahu kembali kepada Pas.
Dengar-dengar cerita, rata-rata ahli Amanah yang mahu buat pusingan
U-turn terbabit adalah anggota dari Amanah Kelantan. Namun begitu tegas
Mohd Amar, mereka tidak mahu parti pembangkang berterusan bertikam lidah
sesama mereka kerana ianya bakal merugikan diri sendiri.
Bahkan semangat yang tinggi dan bersatu padu perlu bagi mengelakkan terjadinya peperangan dan serangan sesama sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment