
Monday, February 15, 2016
'Mat Sabu Tu Gila, Kita Jangan Ikut Perangai Dia' - Nik Mohamad Abduh

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau lebih popular
dengan panggilan Mat Sabu, siapa tak kenal bukan. Namun kadang-kadang
rakyat lebih mengenai Mat sabu dengan sikapnya yang gelojoh dan
perangainya yang tidak senonoh.
Tidak tahu sama ada ‘perangainya’ itu disengajakan untuk menjadikan
dirinya tumpuan atau memang sikap semula jadinya sebegitu. Eshhh,
buruknya!
Disebabkan itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
mengingatkan para pemuda Pas supaya berwaspada dengan ‘wabak’ pelik yang
dibawa Mat Sabu.
Korang mesti ingatkan, peristiwa Mat Sabu melempar mikrofon dalam satu
ucapan penuh ‘bersemangat’ dia sempena hari menyambut genap setahun
Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan di penjara Sungai Buloh.
Bukan main lagi Mat Sabu beri ucapan, kononnya tidak puas hati dengan
hasil ‘kerja’ yang ditunjukkan parti pembangkang yang lain dalam usaha
mereka untuk menumbangkan kerajaan. Siap marah-marah kepada rakyat,
kerana tidak mampu untuk bersuara dan melawan kerajaan.
“Lempar mikrofon itu cara abang Mat Sabu, bukan cara kita (PAS). Kita
tidak kecewa walaupun kita sebut nak lawan kerajaan, tapi tidaklah
kecewa hingga baling mikrofon.
“Saya sudah beritahu Pemuda PAS jangan buat perangai macam itu,” ujar Nik Abduh.
Bukan setakat baling mikrofon sahaja, Mat Sabu yang tidak dapat menahan
rasa geram dan marah itu, turut menyalahkan rakyat dengan menganggap
mereka sebagai pengecut kerana tidak memberi sokongan penuh kepada parti
pembangkang untuk menumpaskan kerajaan. Hahahaaaa… Kelakar doe!
Video adegan panas Mat Sabu membaling mikrofon itu, tersebar secara
meluas di alam maya. Ada yang teruja dengan aksi bersemangat yang
ditunjukkan Mat Sabu, dan ada juga yang mengutuk.
Hahahaaa… Disebabkan itulah Nik Abduh menasihati ahli-ahlinya, terutama
sekali Pemuda Pas supaya tidak terjebak dengan gaya Mat Sabu ni. Itu
gila namanya, bukannya semangat seorang pemidato kalau sudah gayanya
macam tu.
Orang yang takda adab sahaja yang buat tindakan bodoh tu… Kalau ye pun
nak marah, perlu ke sampai baling mikrofon tuuu?? Gila kan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment