Sunday, February 14, 2016
Sejak Bila Mukhriz Ada Maruah Diri?
Betul ke Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ni
seorang yang berpegang kepada maruah diri yang tinggi?? Sanggup
menggadaikan apa sahaja semata-mata demi menjaga maruahnya. Hairan….
Sejak bila Mukhriz ni pandai sangat jaga maruah diri.
Tak tahu la pulak kan, sebab kalau betul-betul Mukhriz ni ada maruah,
tak kan la sampai kena libatkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah baru lah
Mukhriz nak letak jawatan secara ‘terhormat’?? Sepatutnya Mukhriz sedar
dari awal, apabila ahli-ahli bawahannya dahulu menyatakan telah hilang
kepercayaan terhadapnya.
Itu tandanya Mukhriz dah boleh lepaskan jawatan, tapi dia berdegil siap
buat jelajah bagai bagi mendapatkan simpati rakyat, yang kononnya masih
menyokongnya sebagai menteri Besar Kedah. Tapi sekarang ni berlagak suci
mahu menjaga maruah diri.
Sebab tu Mukhriz mendakwa dia menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak yang menawarkanya peluang dalam dunia politik, dengan
tawaran jawatan sebagai menteri di peringkat Pusat jika Mukhriz dengan
hormatnya melepaskan jawatan yang disandangnya dahulu.
Tapi si dia ni berlagak, siap tuduh Najib cuba nak ‘suap’ dia dengan
jawatan demi menutup mulut daripada terus memperjuangkan suara rakyat
kononnya. Katanya tidak mahu terima kerana demi amanah yang ditinggalkan
rakyat kepadanya. Tak mahu kianati kepercayaan rakyat la konon.. Masih
mahu memegang janji pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
“Perdana menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan
selepas beberapa bulan, ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya
setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.
"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti.
“Saya tahu pucuk pimpinan mahu saya digantikan atas sebab-sebab
tertentu, namun saya pilih untuk tidak mengkhianati amanah rakyat Kedah.
Jika saya terima, seolah-olah saya jual maruah. Saya tak tergamak,”
katanya.
Tambahnya, kontroversi politik di Kedah berlaku bukan atas kesalahannya,
tetapi atas ketidak puasan hati perdana menteri yang dikritik dalam
kenyataannya yang menyoalkan mengenai kelemahan pucuk pimpinan dan parti
pada sebuah program di Saloma Bistro Disember tahun lalu.
Iyekeeee?? Malah Mukhriz menuduh punca dia dipecat adalah disebabkan
kritikan terhadap isu 1MDB serta dana RM2.6 bilion. Bagi kitalah kan, itu semua
hanyalah alasan sampah. Jika benar pucuk pimpinan tidak betul, masakan
orang bawahannya pula yang hilang keyakinan terhadapnya?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment