Sunday, February 14, 2016

Tuan Ibrahim Dah Bosan Dengan PAS?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampak gayanya macam sudah bosan dengan warna warni parti islam Pas. Sebab menurutnya, rakyat sekarang ini harus bangkit dan buka mata. Berani untuk bertindak menggantikan pemimpin-pemimpin yang sudah lama dan lapuk dengan pemimpin yang baru dan muda.

Maksud Tuan Ibrahim ni adakah sekali dengan dirinya?? Sebab dia pun sudah lapuk dan ketinggalan zaman dalam dunia politik ni, sudah hampir dengan tarikh luput pun. Sebab tu dia beriya-iya mahu menggantikan orang lama dengan yang baru… Hmmm, mungkin la.

Menurutnya, hanya dengan tindakan sedemikian maka negara akan mendapat nafas baru di bawah pentadbiran pemimpin-pemimpin muda yang lebih kreatif dan berfikiran luas. Macam menjatuhkan air muka sendiri je.. Hahaha! Atau mungkin Tuan Ibrahim tidak sedar yang dirinya juga sudah tua dan kurang mengancam lagi.

“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara.

“Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya.

Tuan Ibrahim sibuk nak menyekolahkan pemimpin parti lain, tetapi dia lupa mengenai perihal parti sendiri yang tidak pernah berkembang takuk pemikirannya. Jelasnya, rakyat patut berbuat sedemikian sebagai protes dan bantahan bagi menghindari penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan oleh kerajaan dan pembangkang.

Aikkkk, macam buka pekung sendiri je kan… Mungkin sudah tidak mampu untuk menutup kesalahan parti sendiri, sebab tu Tuan Ibrahim cuba salahkan parti lain dengan kenyataan tersebut. Menurutnya lagi, rakyat harus terus menerus mendesak ahli politik untuk bekerja keras, sekiranya mahu meraih undi mereka.

“Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak. Segalanya kini terletak di bahu rakyat,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment