Sunday, February 14, 2016

Anak Muda Malaysia Tidak Mampu Bangunkan Negara

Golongan belia atau masyarakat muda zaman sekarang di lihat tidak mampu untuk membangunkan negara dalam sektor pembangunan. Kenapa?? Disebabkan golongan muda kurang untuk melibatkan diri dalam pekerjaan kotor dan tidak ada standard seperti pekerjaan buruh.

Disebabkan itulah negara Malaysia tidak mampu untuk membangun sekiranya tenaga buruh warga asing tidak digunakan. Negara masih memerlukan khidmat warga asing seperti Bangladesh, bagi memastikan pembangunan ekonomi negara terus membangun dan mampan setaraf dengan arus kemodenan.

Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata golongan belia dan graduan-graduan tidak perlu kuatir dan bimbang, kerana warga Bangladesh ini hanya memonopoli bidang tenaga buruh yang selalunya dianggap lekeh dan kotor bagi mereka.

Warga asing ini hanya ditempatkan untuk melakukan kerja-kerja yang kurang mendapat perhatian dan kurang diminati oleh belia tempatan. Hairan, kenapa belia hendak mempertikaikan sedangkan sebelum ini mereka langsung tidak menunjukkan rasa minat terhadap bidang tersebut sehingga memaksa kerajaan mengambil tenaga luar.

“Wahai belia Selangor jangan bimbang, mereka (warga Bangladesh) ini hanya terlibat di dalam sektor yang anak muda Malaysia kurang ceburi.

“Malaysia perlu pekerja asing di sektor pembinaan, kilang, perladangan dan pertanian,” katanya.

Seharusnya rakyat tempatan berterima kasih kepada 1.5 juta tenaga kerja warga Bangladesh kerana telah memudahkan kerja, dan membangunkan ekonomi Malaysia agar setanding dan berdaya saing dengan negara lain.

“Tanpa pekerja asing memenuhi sektor tersebut, ini boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lambat dan kurang bersaing,” kata beliau lagi.

Sebelum ini Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk melincinkan kerja-kerja membanteras kebanjiran berjuta-juta pendatang asing tanpa izin yang memenuhi negara dan ibu kota khususnya, sebelum membawa masuk lebih banyak warga asing ke dalam negara.

Namun desakan tersebut mendapat bantahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid menjelaskan, kemasukan lagi berjuta-juta warga asing adalah diatas permintaan para industri ekoran golongan muda kurang berminat dengan kerja busuk dan kotor tersebut.

Mana tidaknya, golongan muda sekarang mana mahu buat kerja kotor dan busuk macam buruh tu. Mereka ini nak bekerja dalam bilik berhawa dingin dan jadi bos je, mana mahu jadi kuli, betul tak?? Bila buruh asing datang baru nak bising.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment