Sunday, February 14, 2016

PAS Berlagak Bagus Dan Pantang Dikritik

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan bahawa parti Islam Pas adalah merupakan sebuah parti yang berlagak bagus, sombong dan pantang dikritik. Untuk menerima sebarang teguran dan nasihat lagilah tidak mungkin berlaku.

Bekas Exco kanan Kerajaan Pas Kelantan menggelar Pas sedemikian, ekoran berasa terkilan apabila Pas tidak dapat terima teguran mengenai tindakannya mempersoalkan pelantikan Muryidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI).

“Ini satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana penjawat paling tinggi dalam parti dilantik sebagai ketua kluster di bawah Naib Presiden UMNO sahaja.

“Dari segi politik ini salah, saya sebagai ahli Pas, adakah tidak boleh tegur? Parti ini boleh dikritik, kalau nabi, Tuhan boleh perbetul, banyak kali bukan sekali (terkandung dalam al-Quran).

“Tegur ini tidak salah dalam agama. Jadi kalau Pas tidak membenarkan kritikan terbuka, tunjukkan mana dalilnya?”soalnya lantang.

Malah tambah Husam, tindakan yang dibuat Pas terbabit jelas menunjukkan satu penghinaan yang besar terhadap parti tersebut. Husam berkata sedemikian dalam satu pengkongsian pentas bersama pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dalam satu ceramah umum yang diadakan di Mukim Teluk Ketam, Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Kesempatan mencabar pucuk pimpinan Pas itu diambil Husam dalam satu sambutan peringatan sempena setahun pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut dihadiri Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Tidak terhenti disitu, Husam dengan beraninya menyoal kewibawaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang gagal untuk melaksanakan agenda besar perlaksanaan hudud di Kelantan, sehingga terpaksa mengalah dengan desakan DAP.

Akibat dari kegagalan besar kepada geng Cina sepet itu, Husam mencadangkan adalah lebih baik kedua-dua pemimpin terbabit melepaskan sahaja jawatan yang disandang mereka sekiranya merka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

“Takiyuddin telah membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden Pas memfailkan undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 tanpa merujuk terlebih dahulu kepada parti. Saya suruh Datuk Takiyuddin meletak jawatan, sungguh, bukan bergurau,” katanya.

Sementara itu Mohammad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut mempertikaikan mengenai pucuk pentadbiran pemimpin Pas. Tambahnya, dia yakin dapat menggantikan Pas sebagai pemerintah Kelantan ekoran kegagalan pemimpin Pas dalam menguruskan amanah rakyat dengan baik.

“Saya yakin rakyat Kelantan otak dia bergerak, bukan beku, sebab itu rakyat Kelantan biasa menukar kerajaan. Baru dua tahun merdeka, rakyat Kelantan telah bagi parti bulan memerintah.

“Kemudian pada 1978, rakyat bagi kita batu nisan, tinggal dua kerusi. Datang 1990, BN (Barisan Nasional) dapat telur ayam. Siapa pengundi, rakyat Kelantan. 2018 kita yakin PAN dapat perintah Kelantan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment