Sunday, February 14, 2016
Muhyiddin Yassin Akan Jadi 'Mainan' Kit Siang Di Johor
Penasihat DAP, Lim Kit Siang bercita-cita tinggi mahu menggempur barisan
pertahanan Barisan Nasional (BN) Johor dengan menggunakan ‘roket’ Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Dengan kerjasama Pakatan Harapan yang didalangi oleh DAP, Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), Kit Siang bermimpi untuk
menjadikan Johor sebagai sebuah negeri barisan hadapan dalam
pertempuran untuk perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Mesej yang paling penting adalah Pakatan Harapan Johor, menerusi
ketiga-tiga parti politik iaitu DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan
AMANAH (Parti Amanah Negara) berazam untuk menjadikan Johor sebagai
negeri barisan hadapan dalam pertempuran untuk perubahan politik pada
Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Tetapi jadual politik telah berubah, dan cabaran yang besar adalah sama
ada Pakatan Harapan boleh berjaya menumbangkan UMNO-BN di Johor,”
katanya.
Menerusi satu program yang diberi jolokan nama ‘Selamatkan Malaysia’,
Pakatan Harapan mahu mempergunakan Muhyiddin sebagai satu bentuk
‘kerjasama’ menguatkan jentera mereka. Malah ‘kerjasama’ itu turut
membabitkan bersama pemimpin UMNO, MCA dan Barisan Nasional di peringkat
negeri.
Kit Siang kononnya prihatin dengan keluhan dan resahan yang dilontarkan
oleh Muhyiddin sebelum ini, perihal nasib rakyat yang kini ‘sengsara’
ekoran kenaikan kos sara hidup dan kedudukan ekonomi negara yang
dikatakan tidak menentu.
Malah ahli parlimen Gelang Patah itu dikhabarkan simpati dengan
Muhyiddin yang mengadu mengenai ‘masalah besar’ yang dihadapi negara
sekarang ini, berhubung tiada lagi individu yang boleh membangkitkan
semangat dalam diri setiap pemimpin agar mereka terus berpegang teguh
pada nilai-nilai murni dan bersifat jujur.
“Rekrut terbaru kepada agenda Selamatkan Malaysia adalah menerusi Tan
Sri Muhyiddin di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pagoh, ini agar rakyat
Malaysia dapat bersatu untuk menyelamatkan negara daripada menjadi
sebuah negara yang gagal,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment