
Sunday, February 14, 2016
KDN Sedia Kaji Kemasukan 1.5j Bangladesh

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia
mengurangkan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia
sekiranya pekerjaan sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, mendapat
sambutan daripada rakyat negara ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan, kementerian
sentiasa mengutamakan rakyat dalam sebarang urusan pengambilan tenaga
kerja di negara ini.
“Jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebut hanyalah satu angka
siling bagi pihak kementerian. Kemasukan mereka walau bagaimanapun
adalah tertakluk kepada permintaan serta keperluan semasa.
“Buat masa ini, pihak industri masih memerlukan khidmat pekerja-pekerja asing untuk sektor 3D,” katanya pada sidang akhbar.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi menerima kunjungan Menteri Pertahanan (Peralatan, Sokongan dan
Teknologi) United Kingdom, Philip Dunne di sini hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment