Sunday, February 14, 2016

Pekerja Asing : Bila Komen Dah Tahap Mengarut, Tanda Untuk Teruskan

EDITOR MENULIS...
14 FEBRUARI 2016
Bila sampai tahap Timbalan Perdana Menteri diminta buat kerja yang Bangla buat ni, itu adalah petanda jelas untuk kerajaan terus dengan laksanakan saja rancangan nak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangla ke Malaysia ini seperti yang dirancang dan pedulikanlah semua komen-komen tak masuk akal yang membantah cadangan tersebut.

Nampak sangat yang dok komen ni bukan tahu apa pun, dia tak buat pun  kerja yang bangla tu buat.  Bantah semata-mata sebab nak bantah, bukan ada merit sama sekali.  Ada yang saya jumpa, dia sibuk bantah, tak sedar dia pun ada orang gaji Indon kat rumah!!

Alasannya, orang gaji dia hanya seorang sedangkan Bangla yang nak dibawa masuk ini 1.5 juta orang – entah apa punya bodoh perbandingan macam tu, orang yang guna khidmat Indon sebagai orang gaji ni berapa ramai pulak?

Tu baru orang gaji, negara kita ada banyak jenis pekerjaan yang tidak diminati rakyat kita sendiri, semua ini memerlukan pekerja dengan segera. 

Yang nyata, jika industri kekurangan pekerja, ia akan menyebabkan masalah ekonomi yang lebih besar.  Sekalipun kerja kerja rencam ini banyak dilakukan pekerja asing, rakyat Malaysia adalah majoriti yang menjadi Pengurus, Eksekutif, kerani dan sebagainya.  Kalau syarikat itu tutup, mereka juga yang akan terjejas.

Ada segelintir orang kita, lebih sanggup jadi gelandangan dari buat kerja-kerja yang Bangla buat.  Lagipun zaman sekarang untung jadi gelandangan, makan free, rumah transit free dan sebagainya, nak kerja susah susah buat apa?

Hakikatnya, banyak projek-projek awam besar yang sedang dirancang untuk kebaikan rakyat seperti pembinaan MRT, Lebuhraya Pan Borneo dan sebagainya yang semuanya memerlukan pekerja rencam dalam jumlah yang ramai.

Nak harap anak muda Malaysia buat kerja-kerja ni, entah bila tahunlah nak siap sedangkan rakyat memerlukan semua perancangan kerajaan itu siap dalam masa yang ditetapkan – realiti bukan persepsi.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment