Sunday, February 14, 2016
Perletakan Jawatan Tan Sri Mohd Bakke Salleh Daripada 1MDB Tiada Kena Mengena Dengan Isu Dana RM 2.6B
1. Kecoh apabila dilaporkan Naib Pengerusi
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw membuat
kenyataan bahawa bekas pengerusi lembaga pengarah 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu prosiding
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau meletakkan jawatan 2
kali kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.
2. Kekecohan timbul apabila Malaysian Insider pada 11 Februari 2016,
cuba mengaitkan kenyataan Tan Seng Giaw ini dengan dana RM2.6 bilion,
apabila mengaitkan laporan akhbar The Star pada bulan Julai 2015 yang
mendakwa 2 pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas
mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek
kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.
3. Laporan Malaysian Insider ini kemudiannya digunakan oleh
pembangkang dan cybertrooper pro Tun Dr Mahathir untuk membuat fitnah
bahawa kononnya wang yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri
adalah dari 1MDB dan seolah-olah Bakke meletak jawatan atas sebab ini.
4. Apa yang tidak diulas oleh pemfitnah adalah, Bakke meletak jawatan
pada tahun 2009, bukan pada tahun 2013, iaitu tahun berlakunya
transaksi dana RM2.6 bilion. Tan Seng Giaw menyebut “Bakke memaklumkan
kepada PAC, beliau meletakkan jawatan sebanyak 2 kali, kali pertama pada
7 April 2009 dan kali ke-2 pada 11 Oktober 2009.”
5. Kata Tan Seng Giaw lagi, “Bakke (mengakui) dilantik menjadi
pengerusi, tapi beliau tidak puas hati dengan pengurusan, dan
kemudiannya letak jawatan. Jadi, beliau cerita mengapa beliau meletak
jawatan dalam 1MDB, (iaitu) kerana beliau tidak berpuas hati. Itu saja.”
6. Jelas tiada kaitan perletakan jawatan Bakke dengan dana politik
RM2.6 bilion kerana perletakan jawatan Bakke berlaku pada tahun 2009
sedangkan pindahan dana politik hanya berlaku pada tahun 2013.
7. Kedua, dana ini juga tiada kaitan dengan 1MDB kerana Petrosaudi
telah mengesahkan bahawa jumlah AS$700 juta ini telah diterima oleh anak
syarikatnya seperti kenyataan yang dibuat pada 1 Mac 2015.
8. Ketiga, jumlah AS$700 juta ini juga berbeza dengan jumlah
sumbangan dana politik yang diterima, iaitu AS$681 juta. Tindakan
membundarkan nilai AS$681 juta menjadi AS$700 juta dan menyamakan
kedua-duanya adalah tidak bertanggung jawab.
9. Keempat, sebelum ini telah dinyatakan oleh Peguam Negara bahawa
1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan kerana ia telah mendapat nasihat
dan kebenaran dari Bank Negara sebanyak tiga kali sebelum melakukan
pemindahan wang keluar negara.
10. Kelima, tiada kehilangan dana sama sekali, sebaliknya pelaburan
ke dalam usaha sama ini pada tahun 2009 yang kemudiannya ditukar ke
dalam bentuk pinjaman Nota Murabahah pada tahun 2010 telah mendatangkan
pulangan sebanyak AS$488 juta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment