Friday, February 12, 2016
Apa Punya Banganglah Bergurau Seperti ini.... Laporan Juruterbang MH370 Ditemui Selamat Di Taiwan Palsu
Laporan sebuah portal berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang
hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.
Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh
worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui
penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.
mhasdhaw.transformed_1Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan
Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr
Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun
itu.
Gambar Dr Jeyaindran yang disiarkan portal itu dipercayai diambil
daripada sebuah portal berita tempatan bertarikh 11 Oktober tahun lalu.
Manakala pesakit terbaring di katil hospital yang didakwa sebagai
Zaharie pula adalah warga Myanmar dikenali sebagai Aung Myo Oo yang
dirawat di ibu negara pada 3 Jun 2013.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika
dihubungi menyifatkan laporan disiarkan portal berita itu sebagai tidak
benar.
“Pembohong,” katanya ringkas.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines Bhd (MAB) dengan nombor
penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8
Mac 2014 ketika dalam penerbangan ke Beijing, China.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment