Friday, February 12, 2016
Lagi Mamat Ini Untuk Kelirukan Orang Ramai..... Jangan 'Sembelih' TH, Kata Amanah
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (Amanah) menasihatkan kerajaan agar
tidak memusnahkan Lembaga Tabung Haji (TH) demi kepentingan politik
semata-mata.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan menjual aset-aset penting TH itu demi memenuhi pembayaran bonus tinggi.
"Jangan sembelih TH untuk mendapat gambaran politik yang menarik hari
ini tetapi memusnahkan TH dalam jangka masa yang panjang," katanya dalam
sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai surat yang didakwa
dikeluarkan Bank Negara terhadap TH berkaitan peringatan berkenaan
rizab.
Katanya, melalui pembayaran bonus setinggi 5 peratus dan bonus haji
tambahan 3 peratus, TH cuba memberi gambaran kewangan dan perniagaannya
kukuh sekaligus menepis segala sangkaan buruk yang ditimbulkan
terhadapnya.
"Amanah yakin bahawa laporan kewangan TH bagi 2015 yang bakal disediakan
akan turut memberi gambaran baik mengenai perniagaannya.
"Sedangkan keadaan sebenar mungkin sebaliknya. Keuntungan dan
peningkatan nilai aset adalah bukan daripada hasil perniagaan semasa TH.
Sebaliknya ia daripada pelaburan lama dan keuntungan hasil darinya,"
katanya.
Beliau mendakwa perniagaan semasa TH mendatangkan pulangan yang jauh lebih sedikit berbanding bonus 5 peratus yang diberikan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata,
masalah yang dibangkitkan Bank Negara masih tetap relevan kerana
masalah-masalah itu benar-benar wujud.
"Jangan kita tertipu dengan pembayaran bonus yang tinggi dan laporan kewangan yang bakal dikemukakan bulan depan.
"Ini bukan soal sangkaan buruk. Semua ini masih relevan walaupun laporan
kewangan TH yang bakal dibentangkan mungkin begitu menarik dan
memberangsangkan," katanya.
Minggu lalu, TH mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment