Tuesday, February 09, 2016
BN Mampu Rampas Semula Kerusi DAP Di Sarawak
Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula beberapa kerusi
daripada DAP dan PKR dalam pilihan raya negeri Sarawak Ke-11 yang
dijangka diadakan April depan, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan
Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, ini berdasarkan maklum balas daripada akar umbi selain
penerimaan dan sokongan rakyat termasuk kaum Cina terhadap dasar-dasar
yang diperkenalkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
“Perwatakan ketua menteri dan dasar-dasarnya yang mesra rakyat memberi
bayangan bahawa dalam masa lima tahun akan datang, Sarawak akan
mempunyai kedudukan yang lebih lebih kukuh hasil kerjasama kerajaan
negeri dan kerajaan pusat.
“Ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa masa depan Sarawak
lebih cerah di bawah kepimpinan kerajaan negeri sedia ada,” kata Abang
Johari yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Jentera Pilihan
Raya BN-PBB Dewan Undangan Negeri Pantai Damai di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan DAP Sarawak bahawa ia mampu mengekalkan
kesemua kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri ke-10, Abang
Johari sebaliknya yakin BN dapat merampas semula beberapa kerusi
berkenaan daripada DAP.
“Jika penyelesaian dapat dicapai antara pemimpin-pemimpin masyarakat
Cina dan jika mereka bersatu, saya percaya BN dapat mengambil alih
kerusi yang dipegang DAP,” katanya.
Abang Johari berkata, kerajaan negeri Sarawak juga sentiasa menekankan pembangunan luar bandar demi memanfaatkan rakyat.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa
parti itu akan memansuhkan autonomi Imigresen Sarawak jika ia menubuhkan
kerajaan, Abang Johari berkata kuasa Imigresen termaktub di dalam
Perjanjian Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya dimansuhkan.
Zuraidah dihalang daripada memasuki negeri ini minggu lepas semasa cuba
mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya
negeri ke-11.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment