Monday, February 15, 2016

Cubaan Pembangkang Dan Cyber-Trooper Pro Tun Mahathir Memfitnah Bakke Dan 1MDB Dipatahkan. Mohd Bakke Nafi Khabar Angin RM2.6 bilion Dari 1MDB

PETALING JAYA : Tan Sri Mohd Bakke Salleh menafikan khabar angin di media sosial bahawa dia mengeluarkan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang RM2.6 bilion kononnya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengerusi 1MDB itu berkata, beliau tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara itu semasa memberi keterangan kepada PAC dalam siasatan jawatankuasa tersebut terhadap 1MDB.

“Kenyataan saya terhadap PAC iaitu sebuah jawatankuasa sahih dan diperakui Parlimen Malaysia, tidak pernah dibincangkan di media sosial dan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya.

“Saya ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Bakke berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat sebaran tidak benar yang merujuk, berkait dan memfitnah dirinya. 

image
image 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment