
Monday, February 15, 2016
Cabaran Bersumpah Bukti Mahathir Sudah Hilang Pertimbangan

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah
tidak rasional dan sangat terdesak apabila mencabar Peguam negara agar
bersumpah dengan al-Quran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan Perdana Menteri dengan rasuah.
“Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi
Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan
orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri
Najib Razak dengan amalan itu.”
Cabaran Mahathir ini sangat melucukan kerana beliau tidak pernah
menjalankan kaedah yang sama suatu ketika dulu apabila membuat keputusan
politik mahu pun pentadbiran.
Sejak beliau menjadi Perdana Menteri berpuluh kali beliau dicabar
bersumpah termasuk dalam kes Memali, penyingkiran Ketua Hakim Negara,
Pemilihan UMNO 1987, “bail-out” syarikat milik Mirzan Mahathir oleh
Petronas dan banyak lagi keputusan politik lain. Semua itu beliau buat
bodoh sahaja.
Mahathir jelas terdesak dan merapu apabila meminta Peguam Negara bersumpah sama ada Najib melakukan rasuah atau tidak.
Apabila sesuatu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Polis atau mana-mana pihak berkuasa selesai, kertas siasatan
akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.
Walau apa pun saranan pihak berkuasa terbabit, keputusan pendakwaan
adalah atas kuasa Peguam Negara. Peguam Negara perlu membuat penilaian
sama ada kes tersebut akan mencapai tahap Prima Facie atau tidak jika di
bawa ke Mahkamah.
Apabila Peguam Negara menilai kes yang disiasat tidak mencapai tahap
“prima facie” yang diperlukan oleh Mahkamah beliau boleh mengarahkan
siasatan lanjut atau kes ditutup. Peguam negara telah beberapa kali
mengarahkan siasatan lanjut kes Mohd Najib akhirnya memutuskan kes
tersebut tidak mencapai merit pendakwaan.
Jadi untuk apa Mahathir mahukan Peguam Negara bersumpah bahawa SPRM dan Bank Negara tidak mengaitkan Mohd Najib dengan rasuah.
Tugas Peguam Negara ialah menilai siasatan dan bukti yang dikumpulkan
oleh pihak terbabit sama ada mencukupi atau tidak melakukan pendakwaan.
Dalam konteks ini, orang yang disiasat ialah Perdana Menteri,
tentulah ia memerlukan penelitian yang mendalam kerana sebarang bentuk
pendakwaan akan menyebabkan Mohd Najib perlu melepaskan jawatan beliau.
Peguam Negara tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan
pendakwaan hanya untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir untuk menukar
Perdana Menteri.
Mahathir tidak peduli soal keadilan kerana pada zaman beliau banyak
“magik dan silap mata” perundangan boleh berlaku, termasuklah memecat
Ketua Hakim Negara kerana komentar pengasingan kuasa dan hilangnya video
lucah kanak-kanak membabitkan bekas Timbalan Spekaer Dewan Rakyat.
Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib Razak. Apabila Mohd Najib
dituduh melakukan rasuah di Mahkamah, beliau akan mendesak Najib bercuti
atau meletak jawatan supaya Muhyiddin kembali berkuasa dan akan
memenuhi kehendak beliau.
Rasuah atau tidak bukannya isu kepada Mahathir kerana zaman beliau
berkuasa banyak yang dituduh melakukan rasuah tidak pernah dihadapkan ke
Mahkamah. Kekayaan Anwar Ibrahim, Daim Zanuddin, Mirzan Mahathir,
Mokhzani Mahathir berlaku zaman beliau. Pernahkah mereka ini disiasat
walaupun terdapat pelbagai tuduhan dan dakwaan?
Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Shafee Yahaya
tentu boleh menceritakan pelbagai taktik Mahathir dan Anwar Ibrahim
membabitkan kes rasuah yang tidak pernah sampai kepada Mahkamah.
Malahan gosip politik dahulu menyatakan semua siasatan rasuah ke atas
ahli politik kroni beliau disimpan untuk bahan ugutan politik bukannya
untuk keadilan undang-undang.
Jadi Mahathir berhentilah bermain agama untuk kepentingan politik
kerana selama ini Tun tidak pernah peduli pun susur agama apabila
bermain politik termasuk isu Ku Li pakai tengkolok berlambang salib dan
pemecatan Anwar Ibrahim. Sudah terdesak baru ingat Tuhan?
Peguam Negara mempunyai tanggungjawab terhadap undang-undang dan
Allah ketika mmebuat keputusan. Mahathir sebaliknya kita tahu jarang
sekali menghormati undang-undang. Tuhan? Biar mereka yang mengikuti
perjalanan politik Mahathir sendiri membuat keputusan..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment