Monday, February 15, 2016

Dulu Pemuda Perjuang Gaji Minimum Pun Pembangkang Bantah – Jamawi

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menyifatkan pembangkang hanya sekadar berminat memanipulasi isu kemasukan pekerja asing seperti mana mereka lakukan terhadap apa jua tindakan kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.

Menurut beliau isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana kerajaan sudah pasti mempunyai beberapa perancangan sebelum mengambil pekerja asing tersebut sebagai memenuhi permintaan daripada pelbagai sektor di negara ini.

“Soal ini sebenarnya ada pro dan kontra… soal gaji minimum contohnya turut diperjuangkan oleh Pemuda UMNO sendiri sebelum ini. Dan kita melihat kemasukan pekerja asing bukan sekadar suka-suka dan percaya ianya adalah untuk memenuhi permintaan.
Jamawi Jaafar 
“Kerajaan sudah pasti dan tentunya melihat pelbagai aspek termasuk keperluan untuk diisi oleh rakyat negara ini. Adalah satu perkara yang cukup mustahil kerajaan menganaktirikan rakyat sendiri”, katanya kepada media di sini.

Malah tegasnya lagi sebelum ini apabila kerajaan umumkan gaji minimum RM900, pihak pembangkang juga yang mempertikaikan kononnya pihak industri, perkhidmatan dan perladangan belum bersedia untuk gaji sedemikian.

“Sebab itulah bagi kita jangan politikkan isu ini…apa yang saya nampak cubaan pihak pembangkang mempolitikkan perkara ini sama sepertimana isu-isu lain sebelum ini untuk kepentingan mereka semata-mata,“ ujarnya.

Beliau seterusnya menegaskan kerajaan dan pihak yang terlibat tidak akan memandang sebelah mata segala cadangan daripada mana-mana pihak kerana apa yang penting adalah untuk kepentingan dan kebaikan bersama.

Cumanya ujar beliau lagi sepertimana yang diperkatakan tadi janganlah melihat dari aspek negatif semata-mata kerana keperluan dan juga permintaan harus diambil kira bagi melicinkan perjalanan pelbagai sektor di negara ini.

“Cakap memang senang apatah lagi untuk menimbulkan suasana yang tidak menentu terhadap cadangan kerajaan sedangkan soal tersebut merupakan satu keperluan dan kita yakin kerajaan tidak akan memandang secara mudah soal ini”, katanya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan sepatutnya memperbaiki hak pekerja di negara ini sebelum menggesa golongan belia mengambil alih tugas pekerja asing termasuk meningkatkan gaji minima seperti dicadang pembangkang sebanyak RM1,500 sebulan dan membantu memperkuatkan kesatuan-kesatuan sekerja.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment