Monday, February 15, 2016
Dedah Keburukan Parti, PAS Akhirnya Hukum Husam Musa
Pemimpin PAS tetapi Pro-Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Husam Musa
akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS kerana melakukan
tindakan yang bercanggah dengan kepentingan parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ke
atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu diputuskan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang hari ini.
“Mesyuarat mengambil maklum tentang aduan-aduan tatatertib ke atas Husam yang diterima oleh Pejabat Agung PAS.
“Mesyuarat berpandangan aduan tersebut mempunyai merit dan asas serta
bertaraf kes tatatertib yang boleh dipertimbangkan tindakan seperti
diperuntukkan Perlembagaan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
Tuan Ibrahim berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah
memutuskan aduan-aduan itu wajar diserahkan kepada Jawatankuasa
Tatatertib PAS.
Menurutnya, jawatankuasa itu diPengerusikan oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok.
“Mesyuarat juga memohon supaya kes ini diputuskan dalam kadar segera
bagi mengelakkan sesuatu kesan yang tidak baik, tohmahan yang berterusan
serta merugikan kepentingan parti,” katanya.
Husam yang disingkirkan daripada barisan pimpinan PAS pada pemilihan
parti tahun lalu menjadi duri daging dalam PAS kerana sering `menyerang’
kepimpinan tertinggi parti itu.
Beliau diketepikan daripada barisan kepimpinan PAS kerana dilihat
terlalu taksub kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengikut telunjuk
DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment