Monday, February 15, 2016
Muhyiddin Yassin Menyuruh Mengundi Pembangkang Pada PRU 14
Satu keadaan "politik muflis" yang dibawa oleh Timbalan Presiden UMNO
didorong oleh perasaan kecewa apabila keadaan pada waktu ini tidak lagi
memehak "kepadanya" selepas segala usahanya untuk menyingkirkan Presiden
gagal dan cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri secara
mengulingkan Presiden berakhir dengan dengan "setuasi golok makan tuan".
Muhyiddin dipercayai teruja dengan kelembutan "Pak Lah" dahulu yang
melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya selepas kecewa
dengan tindakan golongan penentang waktu ini yang diketuai oleh Tun
Mahathir, Muhyidden, Mukriz dan beberapa team penentang didalam UMNO
baru baru ini...
Hakikatnya jika Pak Lah berkeras tidak mahu melepaskan jawatan, usaha
untuk mengulingkan Pak Lah dilihat cukup sukar, apatah lagi PRU baru
saja berlalu. Setuasi waktu itu dipercayai sama seperti usaha untuk
mengulingkan Najib waktu ini.
Namun seperti kata Pak Lah didalam sajaknya "Yang ku cari bukan wang berjuta" Pak Lah melepaskan jawatannya dengan cukup mudah hanya kerana tidak mahu
berkonfrantasi dengan golongan yg ingin menjatuhkannya bagi mengelak
fitnah yang bermaharajalela.
Jika pada 2006 Tun Mahathir bertindak serupa dengan Muhyiddin waktu inj
apabila meminta ahli UMNO mengundi pembangkang dan Tun bertindak keluar
dari UMNO dan menyebut "hanya orang bodoh saja berada didalam UMNO"
serta "UMNO busuk hingga ke usus" bertujuan menyingkirkan Pak Lah dari
jawatan Perdana Menteri
Kini Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO pula mengambil langkah
serupa kerana beliau menyedari keadaan sudah tidak memihak kepada beliau
dan kumpulan beliau.
Tindakan Muhyidden yang bertindak kebudak budakan jelas kerana kecewa
dan meminta perhatian agar tidak dilupakan dari arus Perdana UMNO. Inikah JIWA BESAR yang dilaungkan Muhyidden selama ini?
Apakah UMNO perlu mengekalkan "makhluk perosak ini"?
Relevan lagikah Muhyidden Yassin dengan kata katanya semalam?
Adalah cukup memalukan apabila seorang pemimpin tertinggi parti
pemerentah yang hampir 30 tahun bergelut dalam politik dan sudah
memegang berbagai jawatan tertinggi didalam parti serta berbagai jawatan
Menteri didalam kerajaan, termasuklah jawatan MB dan TPM namun memiliki
jiwa sebegitu rapuh dalam soal PERJUANGAN....
Apakah sebenarnya yang diperjuangankan Muhyidden selama ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment