Sunday, February 14, 2016
Dengki Dan Benci Melihat Melayu Bersatu..... Jangan Politikkan Pelantikan Haron Din
PUTRAJAYA : Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua
Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) bukan satu bentuk
penghinaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga Ketua Kluster Sosial MPI berkata Haron adalah tokoh
paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI itu dan menyeru
semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.
Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada
Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal
ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan
oleh MPI.
"Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh
dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik
sebagai Mursyidul Am PAS.
"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik
pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah,"
kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda
ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.
"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang
lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca
mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata,
pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti
Islam itu dan perlu ditolak.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu, PAS perlu
membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment